19 Jun 2010

Dua Juta Blogger Perlukan Wakil Di Parlimen???

Dua Juta Blogger Malaysia Bukti Media Tempatan Bebas - Rais
KUALA LUMPUR: Kewujudan dua juta blogger di negara ini membuktikan media massa tempatan bebas menyiarkan pendapat dan kritikan masing-masing, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini bahawa dengan perkembangan teknologi maklumat, peluang untuk mana-mana pihak bersuara dan memberikan pandangan masing-masing tidak pernah disekat oleh kerajaan.

"Kita boleh lihat sekarang, media massa terutamanya media alternatif, perkembangannya semakin rancak dengan adanya perkhidmatan jalur lebar.

"Dilaporkan terdapat kira-kira dua juta blogger di negara ini yang bebas melaporkan pandangan mereka dan ini mencerminkan kebebasan media di negara ini," katanya.

Beliau menjawab soalan Teng Boon Soon (BN-Tebrau) yang ingin tahu sama ada kebebasan media massa di negara ini masih terhad seperti yang dilaporkan oleh kajian Freedom House dari Amerika Syarikat yang mendakwa media di Malaysia belum bebas.


Komen Isac;

Sudah sampai masanya untuk blogger mempunyai wakil mereka di Parlimen??? Tak payah nak mimpilah...Blogger juga adalah sebahagian daripada masyarakat khalayak... Ada yang sememangnya penulis, wartawan, professional, pelajar, "orang-orang pencen", guru dan lain-lain...

Janganlah asyik nak "demand", buatlah sesuatu dengan ikhlas...

1 comment:

  1. Kalau lah Blogger pun nak mintak Kerusi ..... penat dia nak menjawab blog ... hehhehehee semua isu nanti kena tala kat dia lah pulak ....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.