18 May 2010

Tun Mahathir -Semua Pihak Wajar Mengingati Peristiwa 13 Mei Agar Kesilapan Tersebut Tidak Berulang!!!

Jangan Lupa Sejarah 13 Mei - Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sesiapa yang melupakan sejarah mungkin kembali mengulangi sejarah itu dan bakal berhadapan hukuman akibat kesilapan itu.

Sehubungan itu, mantan perdana menteri itu meminta rakyat supaya tidak melupakan tragedi 13 Mei 1969 kerana jika itu berlaku, sejarah itu boleh berulang.

"Saya fikir kalau kita lupa sejarah kita, kita akan ulangi sejarah itu. Ada pepatah terkenal menyebut mereka yang lupa pengajaran daripada sejarah akan dihukum dengan mengulangi kesalahan mereka berulang kali.

"Itu keyakinan saya," katanya pada sidang media penghantaran bantuan kemanusiaan oleh Perdana Global Peace Organisation (PGPO) di bangunan Yayasan Al-Bukhary di sini, hari ini. Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan Timbalan Pengerusi Biro Publisiti MCA Loh Seng Kok yang mendakwa persetujuan Dr Mahathir untuk menyertai Program Melayu Bangkit anjuran Institut Integriti Negeri Terengganu (IINT) bersama Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, yang dibatalkan semalam, seolah-olah merestui kempen perkauman.

Program itu ditangguhkan ke satu tarikh lain atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan termasuk aspek keselamatan. Dr Mahathir berkata beliau tidak memandangnya dari sudut itu tetapi kesudiannya menyertai acara itu adalah untuk mengingatkan rakyat bahawa sekiranya isu itu tidak dikendalikan dengan cermat, tidak mustahil sejarah berdarah itu akan berulang.

"Itu saya tak taulah (dakwaan). Saya pergi ke sana bukan untuk mengadu domba antara pelbagai bangsa tapi saya mahu ingatkan mereka bahawa jika kita tidak mempedulikan masalah bangsa ini, kita akan mengulangi kesilapan kita. Jika (tidak dibatalkan), sudah tentu, saya pergi, tapi lepas itu saya akan digelar rasis," katanya.

Dr Mahathir berkata sebagai orang yang melalui sendiri pengalaman tragedi 13 Mei itu, beliau hanya ingin berkongsi maklumat supaya mereka tidak melakukan sesuatu yang boleh memberi kesan kepada orang lain.

"Saya lalui 13 Mei ini jadi saya tahu benar. Saya fikir saya dapat membantu menyesuaikan diri agar mereka tidak bertindak terburu-buru yang boleh menyebabkan berulangnya satu lagi 13 Mei," katanya. Justeru itu, Dr Mahathir berharap mana-mana pihak yang mencadangkan supaya tragedi itu dilupakan, supaya kembali memperbetulkan tanggapan mereka mengenai tarikh bersejarah itu.

"Idea agar kita patut melupakan 13 Mei bukan satu idea yang baik," katanya.- BERNAMA



Komen Isac;

Ya mengingatinya agar kesilapan yang sama tidak kita ulangi... Perlu hidup secara harmoni, rukun dan damai, saling hormat-menghormati, jangan sombong, jangan bersikap kurang ajar, biadap, jangan mencabar/menghina kaum peribumi, elakkan provokasi antara kaum, jangan merampas hak orang lain, jangan biarkan jurang perbezaan ekonomi terlalu besar, jangan biarkan sentimen perkauman berputik dan lain-lain lagi...

Jika ada yang melakukan perkara-perkara di atas, jangan segan-segan untuk menggunkan Akta ISA.

4 comments:

  1. Alhamdulilah kerana Allah maseh sayang kapada bumi Malaysia ini.dengan keizinan Dia maseh ada hambanya yang maseh mampu memberi peringatan pada rakyat keseluruhan.mari lah kita doakan keatas kesejetraan TDM dan Isteri.pemikir yang tidak tolok bandingnya.

    ReplyDelete
  2. Salam tuan a ali...

    Time kasih kerana menjadi "pengkritik tetap" bumiyang.

    Kawan outstation ari ni, posting2 tu adalah posting telah dijadualkan...

    ReplyDelete
  3. Jika ada yang melakukan perkara-perkara di atas, jangan segan-segan untuk menggunkan Akta ISA.

    masalahnya nizar and the gang terang2 dh memainkn isu perkauman. knpa masih tiada tindakan drpd pihak berkuasa??? di panggil utk siasatan pOn tidak inikn plak nk sumbat dlm ISA. patOt la makin lama puak2 dOrg ni makin naik lemak. sdri mau ingat!

    ReplyDelete
  4. 13 Mei tidak harus berulang. Jadi gunakanlah ISA untuk membanteras kejadian itu agar tidak berulang kembali.

    I support I.S.A.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.