14 May 2010

Selepas PRK Sibu, Kita Ke PRK Padang Serai Pula?

Gobala didenda RM3000, mungkin hilang MP
Mei 14, 10 12:39pm
http://www.malaysiakini.com/news/131774


Ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan hari ini didapati bersalah kerana menghalang tugas polis dalam satu kejadian yang berlaku lebih lapan tahun lalu pada Januari, 2002.


Gobalakrishnan, yang didakwa di Mahkamah Majistret Pulau Pinang didenda RM3,000 atau menghadapi penjara enam bulan.

Ketika dihubungi, pemimpin PKR itu berkata beliau cuba membayar dendanya tetapi kaunter bayaran telah ditutup pada jam 12.15 petang tadi untuk solat Jumaat.

"Saya mungkin terpaksa menghabiskan masa di lokap," katanya kepada Malaysiakini.

Gobalakrishnan, yang juga ahli majlis tertinggi PKR berkata beliau akan membuat rayuan.

Pada 29 Januari, 2002, beliau ditahan selepas mempersoalkan tindakan polis menghalang 30 penyokong Keadilan (sekarang PKR) daripada menari ketika sambutan Thaipusam di Geogetown.

Pihak polis mendakwa Gobalakrishnan menghalang anggotanya daripada menjalankan tugas mereka.



Komen Isac;

Kenapa nak tunggu dekat orang nak solat Jumaat baru nak bayar denda tersebut??? Satu lagi PRK? nantikan apa episod seterusnya....

4 comments:

  1. Alahai..kat Sibu blum habis ni bro...hahahah

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan, bkn Bagan Serai tp Padang Serai..hrp dibetulkan tajuk.

    Teruskan Perjuangan

    ReplyDelete
  3. Saudara Rizuan MH, Tque bro.

    Ghost bila ko nak jadi "orang" balik???

    ReplyDelete
  4. Isac-tak pernah masuk lokap,ingat dulu jadi Mp ini kebal dari semuanya-lupa pula.mungkin mau rasa sikit apa macam cell punya dalam ada makan kah?,lunch hour ma!.you orang jangan susah itu Pdg.Serai punya election saya tara boleh masuk lagi.good buy.itu GMC juga banyak marah saya punya dekat.tarak apa saya nanti itu tuak punya estet juga jaga(mandor).

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.