15 May 2010

Ramai Lagi MP & ADUN PKR Akan Keluar Parti - YB Zul

5 Pemimpin PKR Dijangka Keluar Parti

2010/05/15

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/5pemimpinPKRdijangkakeluarparti/Article

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya lima lagi Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka meninggalkan parti itu dalam masa terdekat untuk menjadi wakil rakyat Bebas.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, berkata lima pemimpin itu adalah Ahli Parlimen PKR yang mempunyai prinsip serta integriti dan sudah hilang keyakinan terhadap perjuangan asal parti itu.

“Tiga hingga lima lagi Ahli Parlimen PKR akan keluar dalam masa terdekat. Saya tidak menjangkakan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong terlebih dulu keluar meninggalkan parti itu.

“Saya yakin selepas ini akan berlaku penghijrahan beramai-ramai pemimpin PKR... tidak payah tunggu Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana dalam masa terdekat ini saja parti itu akan hancur,” katanya semalam.

Mengulas keputusan Wee meninggalkan parti itu, beliau berkata, pemimpin yang mempunyai integriti dan prinsip perjuangan serta bermaruah tidak dapat bertahan dengan permainan jahat firaun kecil dalam parti itu.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju itu kerana membuat keputusan tepat meninggalkan parti yang sudah tidak relevan dengan perjuangannya.

Katanya, jika pemimpin yang memiliki peribadi tinggi seperti Wee boleh meninggalkan PKR, maka Pas perlu membuka mata dan menimbang dengan serius kerjasamanya dengan parti berkenaan.

Keputusan Wee sepatutnya membuka mata Pas untuk menimbang serta membuat penilaian serius berhubung kerjasama yang dijalinkan dengan PKR. Saya tidak jangka hayatnya (PKR) akan lama kerana selepas ini akan berlaku perebutan jawatan antara firaun kecil dalam parti itu,” katanya.



Komen Isac;


Yang jelas jika nanti berlaku penghijrahan beramai-ramai untuk keluar daripada parti PKR, janganlah sekali-kali kita menerima "firaun-firaun kecil" maupun "litle Napoleon" ini!!!

Jestru itu "mereka" ini perlu dikenali dan dikenal-pasti agar tidak dapat "menyelinap" masuk ke dalam parti-parti komponen BN maupun organisasi-organisasi strategik milik pemerintah. Seperti kata pepatah,"Beringat sebelum kena dan buat baik biarlah perpada-pada".




No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.