7 May 2010

PRK Sibu - Pekerti Mulia, Menjual Sambil Bersedekah....

PENJUAL kuih, Madinah Zen, 49, dibantu anak saudara, Abdul Najib Solo, 29, (kiri) masih lagi menjual kuih pada harga 10 sen sebiji di Kampung Hilir, Sibu. Beliau yang menjual kuih lebih 5 tahun di kawasan itu berpendapat bersedekah sambil berniaga adalah lebih baik daripada menjual kuih pada harga yang tinggi sehingga ...orang kampung tidak sanggup membeli. - Foto Rosdan Wahid (Berita Harian). May 6, 2010 12:47 pm


Komen Isac;

Orang kata, orang miskin selalunya mempunyai "hati yang kaya". Walaupun miskin mereka dengan murah hati sanggup berkongsi apa sahaja yang mereka ada....

Kakak di atas salah seorang dari mereka. Penulis dulu selalu makan tengahari dekat kedai RM 3.00 di Seksyen 26, Shah Alam. Kawasan kedai-kedai di belakang stesen minyak Shell dan Petronas. Samada kakak tu masih menetapkan harga RM 3.00 tidak pula penulis ketahui. Bayangkan makan tengahari, harganya "flat rate" RM 3.00 termasuk air minuman. Tak kiralah air Milo ais ataupun Sirap Bandung. Tak kira jugak lauk ayam atau ikan atau ambil kedua-duanya sekali.

Tapi kat kedai tu tak adalah lauk yang eksotik seperti ketam, sotong dan udang. Kakak tu orang Kelantan. Maka ramailah pelanggan yang berkunjung ke sana terutama pekerja-pekerja kilang.


Ya Allah Kau balaslah perbuatan baik hamba-hamba mu ini dengan sebaik-baiknya.... Mudahkanlah kehidupan mereka di dunia maupun di akhirat....Murahkanlah rezeki mereka amin....

Nak doakan "orang" biarlah yang baik-baik...Bukan doakan supaya "pecah perut"...... :)

5 comments:

  1. hehe macik ni

    ReplyDelete
  2. Salam.

    Saya hormati prinsip orang yang macam saudara paparkan.Orang tua selalu kata,meniaga ikut Nabi.Meniaga tanpa kaut untung berlebihan dan bersedekah.Tapi jarang kita temui peniaga macam ni.Peniaga yang murah hati ni dapat untung sikit tapi dapat untung dari segi jualan yang konsisten.Cuma jangan buat ala kadar.Teruskan usaha murni pada peniaga2 yang berfikiran baik macam ni.Ikhlas buat makanan,ikhlas menjual ,dan ikhlas lah orang yang membeli.hasilnya tentu cukup hebat.

    ReplyDelete
  3. ada seorang tok guru munafik kat kelante ....
    ada berbagai doa' salah satu doa' pecahkan perut dan akhirnya perut tak pecah yang pecah rahsia peribadinya

    ReplyDelete
  4. jarang jumpe peniaga yg pentingkan kualiti bukannya kuantiti yg dijual...

    ReplyDelete
  5. Salam Isac, kekadang kita teringat juga dengan ungkapan " hanya orang yang susah sahaja yang tahu akan kesusahan orang lain"..........

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.