1 May 2010

Menghina Raja - Seorang Pemimpin "Barisan" Ditahan...

Ahli perniagaan hina raja, ancam negara di Facebook kena tahan

BANGKOK 30 April - Seorang ahli perniagaan di Rayong ditahan polis selepas didakwa memaparkan mesej menghina monarki Diraja Thailand di laman sosial Facebook.

Selain mesej itu, lelaki yang juga dikenali sebagai Wipas itu, turut memaparkan mesej yang mampu mengancam keselamatan negara.

Pengarah Siasatan Khas, Jeneral Tharit Pengdit yang dipetik Bangkok Post berkata, Wipas atau nama sebenarnya Kong, Raksakulthai, 37, juga merupakan ahli Pemimpin Barisan Bersatu untuk Demokrasi Menentang Diktator (UDD) di Rayong. - Utusan



Komen Isac;

Sepatutnya perkara yang sama juga dapat dipraktikkan di Malaysia. Institusi Raja-raja Melayu sepatutnya juga lebih terpelihara oleh perlembagaan Malaysia. Ini tidak, seorang ADUN  Kerajaan Negeri Kedah sewenang-wenangnya mengkritik Sultan Kedah di Sidang DUN Negeri Kedah baru-baru ini..

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.