31 May 2010

Lebih Ramai Pemimpin PKR Kena "Sindrom Down"???

Pemimpin PKR Melaka pun mahu lompat katak?

Saturday, 29 May 2010
http://www.themalaysianinsider.com/mobile/bahasa/article/pemimpin-pkr-melaka-pun-mahu-lompat-katak/
KOTA BARU, 29 Mei — Di tengah-tengah Kongres Nasional Keenam Parti Keadilan Nasional (PKR) yang menjadi tumpuan dengan isu lompat parti, seorang perwakilan selatan Semenanjung mencuri perhatian dengan mendedahkan terdapat sebilangan pemimpin PKR di Melaka yang berpotensi untuk keluar parti.

Apa yang menarik isu lompat parti di Melaka timbul walaupun PKR belum ada wakil rakyat di negeri itu.

Abdul Wahab Ibrahim dari Melaka dengan suara lantang menegaskan, majlis pimpinan Melaka telah menghantar laporan kepada pejabat Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berhubung perkara itu.

Beliau yang merupakan perwakilan yang membahaskan ucapan dasar selepas sidang kongres ditangguhkan sementara untuk sesi minum petang menasihatkan Anwar yang juga Penasihat PKR agar berhati-hati.

“Yang selalu tikam kawan ini, kawan (sendiri). Jadi Datuk Seri (Anwar) kena hati-hatilah. Kita sayang Datuk Seri ini, kita tak larat (dengan isu lompat),” kata beliau.



Komen Isac;

Itu kata-kata Zuraidah......Nak marah, marah dia.... Kepada "Suara Rakyaat Kunak" engkau percayalah dengan DSAI tu 100%, dah kena tipu berkali-kali pun masih lagi nak percaya....

4 comments:

  1. SLM BRO..ALA BUAT APE SUSAH2 NK CKP KLUAR PARTI. KELUAR RAMAI2 JEK. TINGGALKAN SI SONGSANG 2 ALAM TU DGN BATERI 3A JEK. GERENTI TEKULAT2 3 EKOR TU KEHKEHKEH

    ReplyDelete
  2. Tahukah anda, wang untuk membeli Katak Katak itu adalah wang Rakyat, jangan heranlah tak lama lagi Rakyat yang tanggung derita.

    ReplyDelete
  3. Untuk SRK, jangan bercakap kalau tak tahu isi sebenarnya.... tak baik, nanti jadi fitnah, tak tahulah kalau awak non muslim....

    ReplyDelete
  4. dalam pakatan non muslim dan muslim kan sama tarafnya berkongsi allah dan rumah ibadat.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.