15 May 2010

Kes Liwat DSAI - Selain Prosiding Secara Tertutup, Kes Tangguh Lagi...


http://www.sinarharian.com.my/bterkini/3750.asp
Mohd Saiful beri keterangan secara tertutup

KUALA LUMPUR - Buat kali kedua, keterangan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim diadakan secara tertutup di sini hari ini.

Prosiding tertutup yang berlangsung selama 30 minit petang tadi juga atas permintaan Karpal Singh yang mewakili Anwar sewaktu pemeriksaan balas.

Sebelum ini, Karpal Singh membuat permintaan yang sama ketika Mohd Saiful di soal oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan pada pembukaan perbicaraan itu awal Februari tahun ini.

Seorang peguam lain Anwar, S.N.Nair, memberitahu wartawan bahawa prosiding secara tertutup hari ini mengambil masa 30 minit.

Selepas sesi itu, mahkamah kembali bersidang secara terbuka sebelum Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menangguhkan perbicaraan kepada 31 Mei selepas membenarkan Karpal Singh menfailkan permohonan rayuan di Mahkamah Rayuan.


Nota Foto Malaysiakini.



Komen Isac;

Mengapa mahkamah perlu membuat prosiding secara tertutup? Demi kebenaran, semua pihak sepatutnya boleh mengikuti kes ini....Kerana kes ini melibatkan kepentingan umum...

Karpal memang hebat..... Bab-bab menangguh perbicaraan beliaulah yang terhebat... Dalam dunia hari ini di mana dengan wang kita boleh mengupah peguam yang "hebat", sekiranya anda dibebaskan daripada sesuatu tuduhan di mahkamah, itu belum tentu bermaksud bahawa anda benar-benar tidak bersalah....


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.