11 May 2010

Kes Liwat Anwar Tangguh ke Pagi Esok - Samada Liwat 'Dengan Kerelaan' Atau 'Tanpa Kerelaan'.


Kes liwat Anwar tangguh ke pagi esok...kerana isu liwat 'dengan kerelaan' dan 'tanpa kerelaan'.

Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke pagi Rabu setelah kira-kira sejam disambung semula pagi Selasa.

Langkah ini untuk memberi masa kepada mahkamah memutuskan samaada hendak mengarahkan pihak pendakwa membekalkan kenyataan saksi Saiful Bukhari Azlan kepada pihak pendakwa.

Ketua peguam Anwar, Karpal Singh mempertikaikan ada percanggahan antara dakwaan dan keterangan mengenai soal 'kerelaan' dan ' tanpa kerelaan'. Katanya Anwar didakwa dibawah Seksyen 377b Kanun Keseksaan yakni liwat dengan kerelaan sedangkan Saiful dakwa tanpa kerelaan.

Menurutnya jika liwat tanpa kerelaan ia sepatutnya dibawah Seksyen 377c Kanun Keseksaan.

Hakim berkata ini adalah kali pertama isu ini berbangkit.

Ketua pihak pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bertegas bahawa tiada asas untuk serah dokumen keterangan itu kepada pihak pembela.Katanya ia menjadi perogratif pihak pendakwa untuk dakwa Anwar dibawah liwat dengan kerelaan yang kesalahan kurang dari liwat tanpa kerelaan.

Sementara itu sedikit kekecohan berlaku di luar mahkamah.

Ini bila beberapa penyokong PKR cuba meloloskan diri untuk memasuki kamar perbicaraan kes liwat Anwar walaupun tidak mempunyai pas masuk.- 11/5/2010

1 comment:

  1. adakah maksudnya Karpal pun setuju yang Anwar memang meliwat???

    hmmm...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.