14 May 2010

Gagasan Satu Malaysia - Apakah Peranan Kaum Bukan Bumiputera???



Posting ini adalah respon kepada artikel Paneh Miang, "Najib Guris Hati Melayu"  klik sini.

Antara komen yang diberikan oleh "Paneh Miang" dalam posting di atas, "Apa korang yang duduk di singgahsana kuasa ni ingat bahawa syarikat seperti KNM Group, MUI Properties, Gamuda Berhad, Hong Leong Bank, Public Bank, Lion Group, Berjaya Group...bla...bla...bla...akan beri laluan mudah kepada orang Melayu sepertimana Petronas kini berikan kepada Wee Yiaw Hin selaku Naib Presiden Eksekutif Eksplorasi & Produksi, Lau Lai Tuang selaku Naib Presiden Infratsruktur & Utiliti, Collin Wong selaku Naib Presiden Teknologi & Kejuteraan, Effendi Cheng sebagai CEO Eksplorasi Gas, serta George Ratillal sebagai Naib Presiden Eksekutif Kewangan?"

Telah menjadi "hukum alam" apapun di dalam dunia ini ada harganya, apabila "Pakatan Rakyaat" di bawah pimpinan DSAI menawarkan "hak kesamarataan" yang menyerupai Gagasan "Malaysian Malaysia" ilham parti DAP kepada pengundi-pengundi pada PRU ke 12 yang lalu, pengundi-pengundi bukan bumiputera begitu teruja, yang peliknya pengundi-pengundi bumiputera yang menyokong PKR, Pas dan DAP turut ikut "bergembira" tanpa menyedari bahawa ini akan menjadikan mereka umpama, "Pak Pandir, ayamnya menang, tapi kampung tergadai".

Jestru itu demi mengimbangi dasar Liberalisasi PR yang sebenarnya  keterlaluan, dilihat cuba untuk "menggadai" hak istimewa kaum bumiputera yang merupakan kaum pribumi, golongan majoriti tetapi masih terkebelakang dari seganap sudut.  DSN telah melontarkan idea "Gagasan Satu Malaysia". Ianya diharapkan dapat mengurangkan ketidakseimbangan  di dalam masyarakat. Gagasan ini diharap akan merapatkan lagi ikatan masyarakat yang berbilang kaum tetapi di dalam jangka masa yang sama ia akan diasaskan berdasarkan kepada Perlembagaan Negara seperti agama Islam sebagai agama resmi, Sultan Melayu adalah   Raja Berpelembagaan, bangsa Melayu/Bumiputera adalah paksi negara, keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan kesusilaan dan lain-lain. Dasar Liberalisasi DSN ini bukan sahaja perlu dilihat sebagai "adil" oleh kaum Melayu/bumiputera malah oleh kaum-kaum lain demi mencapai matlamat "Gagasan Satu Malaysia".

Penulis pernah menyatakan di dalam posting terdahulu, apa yang ditakuti ialah dalam masa kedua-dua parti (PR dan BN) cuba untuk memenangi undi bukan bumiputera semakin banyak hak bumiputera yang bakal tergadai.

Rakyaat perlu sedar bahawa keadilan tidak hanya bersifat hak sama-rata semata-mata, keadilan yang sebenar selain memberikan peluang kepada semua ia juga mestilah bersifat membantu yang kurang berkemampuan untuk mengurangkan jurang perbezaan dan dalam masa yang sama memberikan peluang untuk semua rakyaat hidup selesa jika mereka berusaha. Apabila keseimbangan dalam masyarakat dapat dipertingkatkan dan jurang perbezaan dapat dikurangkan pastinya rakyaat akan dapat hidup dengan lebih selesa, lebih aman, dalam suasana muafakat dan negara akan menjadi lebih stabil dan makmur.
Jestru itu apabila kerajaan pimpinan DSN telah membuka pintu GLC dan mungkin juga mungkin akan mengambil lebih banyak kakitangan awam dikalangan masyarakat bukan bumiputera, di dalam jangkamasa yang sama, kaum-kaum bukan bumiputera juga sepatutnya membuka lebih banyak peluang buat kaum bumiputera bukan sahaja untuk menjawat jawatan-jawatan sokongan tetapi juga untuk menjawat jawatan-jawatan penting di dalam organisasi dan perniagaan mereka.

Jestru itu kempen-kempan perlu dilakukan dan kerajaan juga perlu mewujudkan beberapa insentif serta undang-undang bagi menggalakkan agar syarikat-syarikat dan organisasi milik golongan bukan bumiputera membuka pintu seluas-luasnya untuk golongan bumiputera, paling tidak 30% dalam semua bidang, termasuk pengurusan syarikat.

Perlu diingat di dalam menjayakan "Gagasan Satu Malaysia" kaum bukan bumiputera juga perlu memainkan peranan mereka, jika ini dapat mereka lakukan barulah boleh dikatakan kita bersedia untuk membina satu bangsa yang bernama bangsa Malaysia, jika tidak, ianyahanyalah suatu mimpi.

Jadi adakah golongan bukan bumiputera sudah bersedia untuk memainkan peranan mereka? Adakah untuk membina masyarakat Malaysia yang bersatu hanya kaum bumiputera sahaja yang perlu berkorban? Ikhlaskah kaum bukan bumiputera ini di dalam memainkan peranan mereka??? 

1 comment:

  1. peranan kaum cina adalah minta duit poket dari DS Najib lepas tu tetap sokong lim guan eng.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.