25 May 2010

Ceramah Ezam: Apa Yang Sedang Dihadapi Oleh DSAI Mungkin Kerana Berkat Doa TG Nik Aziz???

Menurut YB Senator Ezam Mohd Nor, pada sekitar tahun 1998,  TG Hj Nik Abd Aziz telah datang ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan DSAI, dengan harapan untuk memohon peruntukkan sebanyak RM 600 juta bagi memperbaiki dan mempertingkatkan sistem rawatan air bersih untuk rakyaat Kelantan.

Walau bagaimanapun TG Nik Aziz telah balik dengan tangan kosong kerana DSAI enggan memberikan walau sesenpun peruntukkan yang dipohon TG Nik Aziz. Tambah Ezam yang waktu itu merupakan setiausaha politik Menteri Kewangan kepada DSAI, Dato' Leo Moggie (seorang yang berbangsa Dayak dan beragama Kristian) yang pada ketika itu merupakan Menteri Teknologi dan Alam Sekitar telah merayu kepada DSAI agar setidak-tidaknya diluluskanlah sebahagian peruntukkan yang dipohon oleh TG Nik Aziz itu.

Walau bagaimanapun DSAI tetap dengan pendiriannya. Bayangkan seorang yang Berbangsa Dayak dan beragama Kristianpun mempunyai sifat belas-ehsan dan sifat ikhsan terhadap orang yang lebih tua dan orang beragama seperti TG Nik Aziz.

Mungkin kerana "tulah" tersebut DSAI menghadapi nasib yang sedang dihadapinya sekarang... Samada TG Nik Aziz ada mendoakan agar Allah s.w.t membalas perbuatan DSAI terhadapnya dan kepada seluruh rakyaat Kelantan, hanya beliau yang mengetahuinya. Kalau diikutkan sekarang ini, siapa yang memusuhi beliau ramai yang telah didoakan oleh TG Nik Aziz, sampai doa biar "pecah perut' pun dengarnya ada.

Kepada rakyaat Kelantan, itulah rupa pemimpin yang anda sokong!!! Pemimpin yang dahulunya kononnya Pemimpin Islam.....Buat TG Hj. Nik Abdul Aziz, cukup-cukuplah kena tipu... Jika TG membaca posting saya ini, apa kata TG mendoakan agar Dato' Leo Moggie mendapat hidayat sebelum belum menghembuskan nafasnya yang terakhir...


Nota: Berkaitan Doa TG Nik Aziz adalah tambahan penulis.

1 comment:

  1. POLITIK ADALAH POLITIK.KAWAN MENJADI MUSUH DAN MUSUH MENJADI KAWAN.SEMUANYA ADA AGENDA TERSENDIRI TAK KIRA LAH PEMIMPIN UMNO KE,DAP KE ATAU PUN PAS SENDIRI.TANYALAH LAH DS NAJIB,TANYALAH YAB LIM GUAN ENG ATAU TANYALAH TG NIK AZIZ,SERONOK TAK MENJADI NO ONE.SEPERTI MANA KATA TUN ABDULLAH ''RUPANYA SERONOK MENJADI PERDANA MENTERI''.APAKAH BENAR MAHU BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT,APAKAH BENAR MAHU BERKHIDMAT UNTUK NEGARA,JAWABLAH DI AKHIRAT NANTI.TG NIK AZIZ SENDIRI SELALU BERCELARU DALAM KENYATAAN JIKA ADA ISU YANG BERKAITAN DENGAN UGAMA.BAGAIMANA BELIAU SELALU MEMPERTAHANKAN PERBUATAN ATAU KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH PEMIMPIN DAP BERKAITAN UGAMA ISLAM,ENTAHLAH..TAPI YANG JELAS DAN NYATA ORANG MELAYU/ILAM MESTE BERSATU DALAM MEMPERTAHANKAN NEGARA KITA.KITA TAK MAHU MENJADI MELAYU SEPERTI DI SINGAPURA ATAN DI PENANG..JADI PADA SIAPA KITA HARUS BERGANTUNG. SEMUGA PERKASA DAPAT MENJADI PARTI POLITIK.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.