16 May 2010

Ancaman Bunuh Ke Atas MP Kapar - Inipun Kerja BN???



AHLI Parlimen Kapar, S Manikavasagam, menerima ugutan bunuh menerusi nota yang diikat pada bungkusan plastik mengandungi cat merah yang dilempar ke anjung rumahnya di Pekan Meru di Klang, hari ini. - Foto Roslin Mat Tahir
<==May 16, 2010 1:51 pm (Berita Harian)




Polis forensik memeriksa kereta milik Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam yang disimbah dengan cat merah di rumahnya di Meru, Klang awal pagi ini. - Foto THE STAR Oleh MOHD SAHAR MISNI ==>


MP Kapar terima ancaman bunuh
Mei 16, 10 10:48am
http://www.malaysiakini.com/news/131919
Ahli parlimen Kapar S Manikavasagam mendakwa menerima ancaman bunuh terhadapnya.

Menurutnya, kertas bertulis "Jangan campur isu pasir U mati !" yang diikat pada beg mengandungi cat merah yang disimbah pada keretanya dan kereta isterinya, lapor Star Online.

Laporan itu memetik Manikavasagam sebagai berkata, tiga beg berisi cat merah itu dibaling dari luar ke arah dua kereta yang terletak di dalam kawasan rumahnya.

Kertas yang mengandungi nota ancaman bunuh itu diikat pada salah sebuah beg berkenaan.

Menurutnya lagi, beliau ternampak kereta yang disimbah cat tersebut pada kira-kira jam 7 pagi selepas bangun pagi.

Laporan itu menyebut, Manikavasagam percaya kejadian itu berlaku selepas ibunya mertuanya masuk tidur kira-kira jam 4 pagi.


Komen Isac;

Dahulu, apabila mendiang Teoh Beng Hock dijumpai mati di kawasan perkarangan/bumbung SPRM di Shah Alam, Pakatan Rakyaat terus menunding jari dan menuduh SPRM sebagai alat kepada BN untuk membunuh mendiang, walaupun secara logiknya mendiang akan memberi lebih banyak manfaat kepada SPRM dan BN sekiranya beliau masih hidup di mana beliau telah bersetuju untuk bekerja-sama di dalam membongkar segala aktiviti penyalahgunaan "wang peruntukkan wakil rakyaat" yang dilakukan oleh MP-MP DAP.

Sekarang nyawa MP Kapar yang sedang membongkar kegiatan curi pasir yang berlaku di negeri Selangor, di mana SLC (State Link Company) juga didakwa turut terlibat, kini diancam. Adakah  Pakatan Rakyaat sekali mahu menunding jari dan menyalahkan BN???

Rakyaat tidak buta... Berapa kali mahu memperbodohkan mereka???


1 comment:

  1. salam.....

    bahaya betul laaaa...bukan takat ugutan bunuh..ada yg kenapun ada...bukan sahaja
    musuh dari luar tetapi kawan di dalam sendiripun menerima nasib yg buruk....jika
    mereka mendedahkan perkara yg keji yg dilakukan
    oleh pihak tertentu...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.