20 Apr 2010

Pilihanraya - Serangan Peribadi Calon, Senjata Makan Tuan?

Apabila Tan Sri Isa Samad terpilih sebagai calon dan memenangi pilihanraya Bagan Pinang yang lalu, banyak kata-kata sinis yang dilontarkan oleh pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang. Walaupun Tan Sri Isa Samad ketika itu telahpun menjalani hukuman yang ditetapkan oleh parti, iaitu digantung keahlian UMNO, ditarik balik jawatan Naib Presiden yang telah dimenangi dan terpaksa melepaskan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan tetapi "pihak yang tiada kaitan" dengan UMNO bertindak seperti, "lebih sudu dari kuah".

Perlu dinyatakan di sini bahawa kesalahan yang dilakukan oleh beliau adalah kesalahan yang melanggar etika parti dan tiada kena-mengena dengan pakatan pembangkang. Apapun pakatan pembangkang di Malaysia sememangnya hanya tahu untuk membangkang. Berikut adalah di antara petikan yang telah dibuat oleh beberapa pemimpin pakatan pembangkang.


KOTA BHARU, 4 Okt 2009: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap Umno-BN berpura-pura dalam usaha membanteras rasuah dan politik wang, bahkan konsep "1Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan" seolah-olah menghalalkan rasuah dan politik wang.
 
Ini jelas apabila Umno memilih Tan Sri Isa Samad yang disabitkan rasuah sebagai calon bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang 11 Oktober nanti dan ianya mendapat sokongan kerajaan terutama Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin.


October 13, 2009 Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang pula berkata, kemenangan Isa luar jangkaan itu jelas menunjukkan Umno dan BN tidak dapat berubah untuk membersihkan negara daripada gejala rasuah.
“Apa yang tidak dapat dijangkakan, kemenangan Isa dengan 8,013 undi dan majoriti 5,435 undi, menyapu bersih kesemua lapan pusat mengundi – keputusan yang jelas berhubung salah guna kuasa, politik wang dan penipuan undi pos,” coret Lim di blog peribadinya.



Anwar Ibrahim 30 Sep - Ini yang didokong oleh Umno sekian lama. Dan, parti itu sekali lagi menzahirkan hakikat berkenaan dengan menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang. Keputusan itu memang sudah pun diduga. Sungguhpun tokoh-tokoh veteran, tidak kurang daripada mantan Perdana Menteri sendiri, Mahathir Mohamad mengingatkan Umno jangan memilih Isa kerana beliau terpalit dengan rasuah politik, iaitu membeli undi perwakilan Umno dengan sogokan wang dan jamuan-jamuan untuk menjadi Naib Presiden Umno pada tahun 2004, ia tidak sedikitpun dihiraukan.

Jadi apabila mereka (pakatan pembangkang) memilih seorang calon yang  dikaikan dengan tabiaat minum arak, kaki joget dan judi lumba kuda, apa perasaan mereka jika kita katakan "PAS, PKR dan DAP seolah-olah mahu menghalalkan dan mengamalkan minum arak, pergaulan bebas dan aktiviti judi di negara ini"???
Memang senang menunding jari, tetapi apabila kena pada batang hidung sendiri tentu pedih bukan? Jestru itu jangan amalkan "Fatwa", "Aku Semua Boleh, Pihak Lawan Tidak"!!!
Mudah-mudahan selepas PRK P94 - Hulu Selangor, semua parti-parti yang bertanding mengambil kata sepakat untuk tidak lagi menyerang peribadi calon. Untuk mengelakkan ianya dari berulang apa kata jika pihak yang "berdegil" kita batalkan pencalonannya dan pihak yang "dibogelkan" diberi kemenangan percuma?
Sebahagian artikel ini di CNP dari blog mykmu.net klik sini.


Penulis secara peribadi tidak bersetuju dengan "Serangan Peribadi Calon". Semoga iklim politik di Malaysia akan berubah. Islam bukan setakat pakai serban, berjubah, solat, puasa, mengerjakan haji dan umrah, berderma, bina masjid, bayar zakat, mengaji Al Quran, mengajar agama dan lain-lain. Islam juga sebenarnya melarang kita mencaci-maki, menuduh tanpa bukti, mengumpat, memfitnah, tohmah, menceritakan aib orang dan lain-lain "fe el" yang buruk.

2 comments:

  1. Biasa lah, nama nya juga Politik, jika orang Politik tak pandai bohong bohong sikit, bukan orang Politik lah nama nya. Biasa lah dah adat resam dunia Politik, jika nak jatuhkan se orang Tokoh Politik mesti di Aibkan, di Fitnah dan bermacam macam lagi tuduhan tuduhan liar di lemparkan agar Tokoh Politik itu tersungkur.

    ReplyDelete
  2. Isac, bagi PAS semua halal....kalau DAP suruh menghalalkannya...... apa nak kata lagi.... itulah kemunafikan mereka.....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.