19 Apr 2010

Pencalon Kamal - Batu Loncatan Untuk Golongan Muda Berketurunan India???

Adakah dengan tercalonnya Kamal sebagai calon MIC/BN di Hulu Selangor sebagai menandakan berakhirnya era kepimpinan Dato' Seri Samy Vellu dan Datuk Palanivel dalam MIC?


Adakah mungkin bukan Datuk Palanivel yang bakal dilantik sebagai Timbalan Menteri sebaliknya Kamal yang mungkin dilantik?

Jika ya, ini mungkin boleh menaikkan semangat pemuda/pemudi terutamanya yang berketurunan India untuk lebih mendekati MIC kerana selama ini ia di lihat lebih dimonopoli oleh "warga emas" dari golongan tersebut.

Apapun, Kamal dilihat sebagai masa depan MIC dan jika beliau menang MIC bakal memperolehi peluang kedua mempunyai masa depan yang cerah.

Sememangnya pemimpin-pemimpin rakyaat Malaysia berketurunan India dari MIC, IPF, PPP dan malah Makkal Sakti tidak pernah lari daripada menghadapi percakaran dalaman. Masyarakat India di negara ini pastinya keliru parti mana yang patut mereka sokong kerana pemimpin-pemimpin mereka asyik bertelagah sesama sendiri.

Pemimpin-pemimpin masyarakat India amat bernasib baik kerana selama ini pemimpin-pemimpin Umno telah sanggup berkorban memberikan 'kerusi-kerusi selamat" di kawasan majoriti pengundi-pengundi Melayu untuk mereka tandingi bagi membolehkan mereka ini menjadi Adun maupun MP agar suara masyarakat berketurunan India dapat didengari di Dewan Rakyaat maupun di Sidang DUN. Sememangnya tiada satupun tempat di Malaysia yang warga berketurunan India menjadi pengundi majoriti.

Jetru itu masyarakat India harus lebih bijak memilih dan kenali siapakah yang banyak membantu mereka selama ini. Apapun semoga akan lahir lebih ramai pemimpin-pemimpin muda seperti Kamal dan Mugilan agar MIC akan kembali mendapat sokongan masyarakat berketurunan India khasnya dan Malaysia amnya.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.