K Pragalath | Apr 13, 10 7:33PM
Sumber tertinggi dari MIC, petang tadi, mengesahkan bahawa Muhyiddin akan menamakan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan sebagai calon di kerusi Hulu Selangor.
Namun keputusan itu dikatakan kurang disenangi oleh kebanyakan pemimpin atasan MIC. Mereka tetap mahukan Timbalan Presiden G Palanivel mewakili BN bagi merampas Hulu Selangor.
Jika Mugilan dinamakan sebagai calon, kepemimpinan MIC akan memecat Mugilan kerana melobi bagi kerusi itu dan juga mensabotaj aktiviti parti serta mencemarkan nama Palanivel,” kata sumber itu.
Menurut beliau lagi, ketika mesyuarat malam semalam di Parlimen, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu dilaporkan bertikam lidah dengan Muhyiddin berhubung pemilihan calon BN itu. Sumber itu berkata Muhyiddin berkata Mugilan (kanan) adalah pilihan pemimpin BN tetapi pemimpin MIC yang hadir kurang menyenangi keputusan itu.
“Samy Vellu mempertahankan pemilihan MIC yang mahukan Palanivel dan ini menyebabkan mesyuarat menjadi hangat,” kata sumber itu. Presiden MIC itu dilaporkan tidak mahu berganjak dengan pilihan partinya kerana persetujuan dikatakan telah dicapai antaranya dengan pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.
Komen Isac;
Mungkin apa yang dilaporkan oleh Malaysiakini benar, tetapi melihatkan kepada beberapa laporan mereka sebelum ini, banyak yang meragukan terutamanya apabila ianya berkaitan dengan Kerajaan BN maka penulis rasa adalah baik untuk kita berwaspada. Tidak salah untuk mendengar tetapi dalam masa yang sama kita perlu berhati-hati.
Tetapi dalam masa yang sama, MIC terutamanya Dato' Seri Sammy Vellu dan Datuk Palani juga perlu berlapang dada..... Satu perkara yang perlu diingat, apalah gunanya bertanding jika akhirnya "kita" kecundang....
Zaman telah berubah dan "denyut nadi rakyaat" telah memberikan signal bahawa pemimpin veteren MIC tidak mendapat tempat di hati pengundi-pengundi di kawasan berkenaan. Jestru itu adalah lebih bijak jika calon yang diletakkan adalah calon yang boleh diterima oleh pengundi-pengundi kawasan Hulu Selangor. Berilah peluang kepada generasi muda untuk meneruskan perjuangan parti, sebagai golongan veteren kita perlu tahu bila masa untuk kita "berundur".
Jangan sampai perjuangan parti dinaktahkan dek "kebodohan" kita....
Zaman telah berubah dan "denyut nadi rakyaat" telah memberikan signal bahawa calon MIC tidak mendapat tempat di hati pengundi-pengundi di kawasan berkenaan. Jestru itu adalah lebih bijak jika calon yang diletakkan adalah calon yang boleh diterima oleh pengundi-pengundi kawasan Hulu Selangor. Berilah peluang kepada tuan tanah untuk meneruskan perjuangan parti, sebagai golongan minoriti mereka perlu tahu bila masa untuk mereka "berundur"...selamat mengundi
ReplyDelete