1 Apr 2010

Lim Kit Siang Patut Cermin Diri Sendiri Dahulu....



PM: Iktiraf bangsa dulu tak canggah 1M'sia
Apr 1, 10 12:30pm
http://www.malaysiakini.com/news/128059


Justeru, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kenyataan timbalannya bahawa bahawa beliau (Muhyiddin) "seorang Melayu" tidak bercanggah dengan konsep 1Malaysia.

"Apa yang beliau katakan selaras dengan perlembagaan yang menyebut mengenai kaum asal kita. Tapi beliau juga berkata beliau komited kepada 1Malaysia.

"Jadi, saya tidak nampak itu sebagai satu percanggahan. Takkanlah kerana menjadi seorang Melayu, kita menentang 1Malaysia atau kita tidak berfikiran sebagai seorang rakyat Malaysia.

"Begitu juga, jika kita seorang rakyat Malaysia keturunan Cina, itu tidak bermakna kita tidak berfikiran seperti seorang rakyat Malaysia atau tidak menerima konsep 1Malaysia," katanya kepada Bernama.





Pada sidang media di lobi Parlimen semalam, Muhyiddin mengakui bahawa dia “adalah Melayu terlebih dahulu tetapi tidak bermakna sebagai Melayu dia bukan rakyat Malaysia.

Beliau membuat penjelasan itu sebagai reaksi kepada pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang mencabarnya untuk menyatakan sama ada dia adalah Melayu atau rakyat Malaysia terlebih dahulu.

Lim mendakwa pendirian timbalan perdana menteri bercanggah dengan tuntutan 1Malaysia yang dicanangkan oleh kerajaan.

Ahli parlimen Ipoh Timur itu juga mempersoalkan ketulenan 1Malaysia di hati Muhyiddin menyebabkan pertikaman lidah kedua-dua mereka sebelum ini.

Muhyiddin juga semalam membidas Lim yang didakwa berniat jahat dan mahu menjejaskan hubungannya dengan Najib.

Komen Isac;
Walaupun pada asasnya DAP kononya adalah sebuah parti politik berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya ia tidak lebih daripada sebuah parti politik yang dimonopoli oleh kaum Cina Malaysia yang memperjuangkan kepentingan mereka secara total dan ekstrim. Dalam masa yang sama DAP juga cuba sebaik mungkin untuk meminggirkan kaum Melayu daripada mendapat layanan "peribumi" sebagaimana yang telah termaktub di dalam "Perlembagaan Negara".
DAP, juga sebenarnya hanya bertopengkan perjuangan untuk kepentingan kaum Cina Malaysia, tetapi sebenarnya ia merupakan sebuah parti politik yang berjuang untuk kepentingan Keluarga "Lim" dan jestru itu parti ini juga ada kalanya dikenali sebagai parti "keluarga" ataupun parti "dua beranak". Bapa (LKS), anak (LGE) dan bapa angkat LGE (Karpal Singh dan anak2nya ).
Lain-lain nama besar di dalam DAP yang dilihat "mengganggu-gugat" kekuasan dua beranak ini telah lama disingkirkan termasuklah Tan Sri Lee Lam Thye.
Tiada salahnya kita di lahirkan sebagai Melayu, Cina, India, Orang Asli, Kadazan, Iban, Bajau, Dayak ataupun lain-lain kaum. Juga tiada salahnya untuk kita berjuang mempertahankan kaum kita khasnya dan diikuti dengan Malaysia secara keseluruhannya. Sebab itulah secara amnya kebanyakkan parti politik di negara ini di asaskan kepada etnik sesuatu kaum.
Dalam Islampun adalah menjadi lumrah untuk kita merbaiki diri sendiri dikuti dengan kaum keluarga kita dan barulah kita bercakap pasal negara. Tidak menjadi kesalahan memperjuangkan bangsa kita asalkan kita tidak menindas dan merampas hak orang lain. Bila nasib kaum kita terbela barulah kita boleh sama-sama boleh mempertahankan negara. Jika nasib kaum kita terkebelakang, miskin, merempat, bodoh dan apa-apa bentuk kemunduran lagi, bagaimanakah mereka ini mahu memajukan negara?
Apalah gunanya parti yang kononnya berasaskan kepada masyarakat majmuk tetapi disebaliknya hanya mengutamakan agenda keluarga, kroni dan individu tertentu seperti DAP dan PKR. Bukankah lebih molek jika DAP dikenali sebagai Parti "Datuk, Anak & Papa" sementara PKR pula dikenali sebagai "Parti KRoni".

1 comment:

  1. Saya anak malaysia,lahir di sini tanah tumpah darahku.saya sangat sangat bosan dan berasa muak tentang hal perkauman ini. kenapa kita anak anak malaysia tidak boleh bermuafakat,hidup tolong menolong dan hormat antara satu sama lain. kita tinggal di satu bumbung malaysia ? ini semua angkara ahli2 politik.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.