http://www.sinarharian.com.my/bterkini/3259.asp
SHAH ALAM - Pembangkang Selangor hari ini meminta kerajaan negeri supaya menjelaskan pemilihan syarikat DPZ Asia Sdn Bhd sebagai salah sebuah syarikat yang terlibat dalam projek pembersihan dan pemulihan Sungai Klang.
Komen Isac;
Banyak tu RM 10 Billion....Projek Terowong SMART hanya bernilai RM 2 Billion, Pelabuhan Tangjung Pelepas Fasa 1, RM 2 Billion, PKFZ yang melibatkan pengambilan tanah dan dikaitkan dengan "penyelewengan" pun hanya menelan kos RM 4.6 Billion. Bagaimana projek sebesar ini tidak memerlukan proses bidaan untuk melantik Syarikat Jurutera Perundingnya? Tan Sri Khalid kenalah jawab....
Juga boleh klik sini untuk ke Berita Harian.
Pemangku Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman berkata pemilihan DPZ Asia menimbulkan pelbagai keraguan di sini hari ini semasa membahaskan titah pembukaan sidang dewan undangan negeri oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam.
Beliau berkata penjelasan itu perlu dibuat oleh kerajaan negeri pimpinan Parti Keadilan Rakyat, DAP dan Pas itu kerana proses pemilihan syarikat berkenaan dikatakan dipilih sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukannya melalui proses tender terbuka.
Laporan sebelum ini menyebut projek pembersihan Sungai Klang dianggarkan bernilai RM10 bilion di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor yang keseluruhannya berjumlah RM50 bilion.
"Akan tetapi kita (Anggota Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional) mahu kerajaan negeri menjelaskan dari mana sumber RM50 bilion ini diperolehi dan bagaimana cara ia diagihkan kepada syarikat-syarikat berkenaan," katanya. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.