23 Apr 2010

Jangan Jadikan Masjid & Surau Gelangang Politik - Titah DYMM Sultan Selangor

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menandatangani plak sebagai tanda merasmikan Masjid Manbaeil Uloom di Taman Cheras Jaya, Batu 11 Cheras, Hulu Langat, 23 April. - Utusan/ASMARUDDIN JAMALUDDIN


Sultan Selangor titah JAIS perhebat penguatkuasaan

23/04/2010 4:58pm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0423&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm
Oleh HATA WAHARI
HULU LANGAT 23 April – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menitahkan Jabatan Agama Islam (JAIS) memperhebatkan penguatkuasaan bagi memastikan masjid dan surau di negeri ini tidak dijadikan gelanggang untuk berpolitik.

Baginda bertitah, JAIS perlu memperhebatkan penguatkuasaan Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 iaitu mengajar tanpa tauliah. ``Beta ingin mengingatkan sekali lagi bahawa beta tidak berkenan masjid dan surau dijadikan gelanggang untuk berpolitik serta tempat mengadakan demonstrasi yang negatif sama ada di dalam atau di kawasan perkarangan masjid.

``Masjid dan surau adalah tempat umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturahim dan sehingga hari ini beta merasa amat berpuas hati kerana institusi masjid masih menjadi simbol perpaduan umat Islam,’’ titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berkenan merasmikan Masjid Manbaeil Uloom, Taman Cheras Jaya dekat sini hari ini. - Utusan


Komen Isac;

A ah....Kalau dalam khutbah Jumaatpun sampai nak sumpah-seranah orang dek kerana fahaman politik yang berbeza, nak jadi apa??? Silap-silap bila "mulut dah jahat" sangat, sehingga terlupa nak baca ayat-ayat Al Quran dan menasihati kariah dalam bahasa Arab...Kang tak sah pulak khutbah tu...

1 comment:

  1. NIK AZIZ DGN SENGAJA MELANGGAR PERINTAH LARANGAN ALLAH & LARANGAN ULIL AMRY :-

    Surah alJinne (72) : 18.
    * dan bahawa sesungguhNya Masjid2 itu utk.. (Ibadat - Solat, Zikir kpd) .. Allah semata2. Maka.. (Imama) ..Jangan lah kamu seru.. (selain dari Ittaqullah) dan..(mamum : Jangan lah taat) ..sembah sesiapa pun bersama2 Allah. ///

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.