16 Apr 2010

Hulu Selangor - Misi Mesti Menang MIC atau "Berkubur"???

MIC Perlu Menang Hulu Selangor Buktikan Ia Mewakili Semua Kaum : Najib
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/4/16/mstar_berita/20100416103050&sec=mstar_berita
WASHINGTON: MIC, yang sekali lagi diberi kepercayaan bertanding bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, perlu menang dalam pilihan raya kecil di situ 25 April ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional berkata MIC perlu membuktikan yang ia sebuah parti nasional yang berkhidmat bukan saja untuk masyarakat India tetapi juga untuk semua kaum.

"Saya memutuskan (P) Kamalanathan (sebagai calon BN) ialah untuk memenuhi kehendak pengundi tempatan. Ia bermakna apa pandangan rakyat mengenai calon yang sesuai menjadi wakil Parlimen (diutamakan). "Ini yang menjadi perhitungan pertama kerana kawasan Hulu Selangor ini kawasan BN. Kita pinjamkan kepada PKR sementara waktu. Sudah sampai masanya tempoh pinjaman ini ditematkan dan kembali kepada BN.

"Sebab itu kita mesti letak calon yang boleh menang," kata Perdana Menteri kepada wartawan Malaysia di sini sebelum meneruskan lawatannya ke New York. Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengumumkan Ketua Penerangan MIC P.Kamalanathan, 44, sebagai calon BN untuk bertanding di situ. Penamaan calon akan diadakan esok. Najib berkata walaupun Datuk G.Palanivel tidak dipilih semula menjadi calon, beliau tetap mengiktiraf segala sumbangan Timbalan Presiden MIC itu.

"Saya tetap iktiraf Datuk G.Palanivel sebab dia banyak memberi sumbangan sebagai ahli Parlimen dan timbalan menteri (sebelum ini)," katanya.


Komen Isac;

Terserahlah kepada pembaca apa yang mahu ditafsirkan dari kata-kata DSN di atas...Bagi penulis, jika Kamal gagal merampas semula kerusi MP Hulu Selangor, ini bermaksud rakyaat sememangnya menolak MIC dan MIC bukan lagi sebuah parti dominan masyarakat berketurunan India.

Sekiranya ini berlaku tidak salah rasanya jika BN menerima kemasukkan parti kaum India yang lebih dominan seperti IPF maupun Makkal Sakti.

Jestru itu jika masyarakat India Hulu Selangor masih sayangkan MIC, kesemua 19% pengundi-pengundi India di kawasan tersebut wajiblah mengundi Kamal tanpa berbelah-bahagi. Jika tidak MIC mungkin akan "berkubur". Sewajanya kepimpinan muda dalam MIC diberi peluang untuk mencorakkan parti MIC dan pengundi-pengundi Hulu Selangor sepatutnya merestui "pembaharuan" yang sedang berlaku.


1 comment:

  1. Isac, kawan yakin, demi marauh UMNO yang menerajui BN, sikap setiakawan penyokong-penyokong UMNO tidak akan mengkhianati perjuangan UMNO bersama BN..... InsyaAllah, BN menang...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.