1 Apr 2010

H1N1 - Tingkatkan Tahap Kebersihan Anda & Keluarga...


Khamis April 1, 2010
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/4/1/mstar_berita/20100401204521&sec=mstar_berita

Influenza: Tiga Sekolah Di Langkawi Diarah Tutup
LANGKAWI: Tiga buah sekolah di Langkawi diarah ditutup kerana terdapat pelajarnya mengalami simptom demam, batuk dan selesema seperti influenza.

Jurucakap Pejabat Kesihatan Langkawi berkata sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Langkawi Pulau Tuba, yang diarah ditutup sejak Selasa manakala Sekolah Kebangsaan Bagan Selat Nyiur diarah tutup semalam, dengan kedua-duanya dijadual dibuka semula pada Ahad ini.

Sebuah lagi sekolah, iaitu Sekolah Menengah Teknik Langkawi yang diletakkan dalam pengawasan oleh Jabatan Kesihatan turut diarah ditutup hari ini sehingga Isnin, katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya seramai 208 pelajar dari tiga sekolah berkenaan menerima rawatan kerana mengalami simptom itu.

Beliau berkata mereka dirawat mengikut prosedur biasa sebagai pesakit luar dan tiada kes serius berlaku semasa rawatan itu dibuat. Pihaknya masih menunggu keputusan sampel yang diambil daripada pelajar yang terkena jangkitan, yang diuji di makmal Hospital Sungai Buloh, Selangor, sama ada ia berkaitan dengan jangkitan Influenza A (H1N1) atau tidak.

Sementara itu, Pejabat Pelajaran Daerah Langkawi mengeluar arahan kepada 28 buah sekolah menengah dan rendah di Langkawi bagi meningkatkan program pencegahan di kalangan pelajar masing-masing. - BERNAMA



Komen Isac;

Sentiasa bersihkan diri, makan vitamin C, sayur-sayuran dan buah-buahan untuk meningkatkan ketahanan diri menghadapi penyakit. Jika perlu pakailah pelindung hidung yang memenuhi piawaian antarabangsa. Cuba elakkan berada di tempat awam jika tidak perlu/penting.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.