7 Apr 2010

DSAI Jawablah Isu Apco Di Dalam Dewan...Jangan Jaja Di Jalanan...




Jangan bising di luar…saya tunggu dalam Dewan Rakyat kata Nazri pada Anwar
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tak perlu bising-bising di luar Dewan Rakyat memburukkan kerajaan berhubung isu Apco sebaliknya kena jadi ‘lelaki’ berani memberi keterangan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen jika usul menghadapkannya ke jawatankuasa itu diluluskan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menyifatkan tindakan Anwar berceramah mengenai isu itu termasuk memberi gambaran kemungkinan beliau akan digantung sebagai Ahli Parlimen adalah kempen murahan untuk pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor. Tindakan itu katanya seolah-olah hendak mendapat simpati dari luar kerana bimbang tidak dapat membela diri di dalam Dewan Rakyat apabila kesnya dibahaskan kelak. “Saya tunggu dia dalam Dewan...tak perlu keliling dan bising-bising kat luar, Saya cabar dia jadi lelaki jawab dalam Dewan,” katanya Nazri yang menganggap Anwar kaki spin kerana cuba mengelirukan rakyat dengan dakwaan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel serta pembabitan Apco.

“Dia kaki spin. Orang lain kelirukan Dewan, mereka (pembangkang) suruh ambil tindakan. Bila kena kat dia, seolah-olah dia kebal. Saya hanya tahu peraturan. Saya cabar jadi lelaki. Saya bukan boleh jawab kat luar,” katanya kepada media di pejabatnya di Parlimen, Isnin.KLIK PADA TAJUK UNTUK LAPORAN LANJUT.-5/4/2010

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.