20 Apr 2010

Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man - PRK Tidak Perlu...

Hentikan sistem Pilihan Raya Kecil- Tuan Ibrahim
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 16 April: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpendapat sistem Pilihan Raya Kecil (PRK) di negara ini wajar dihentikan dan diganti dengan pemilihan terus wakil dari parti yang telah menang pada Pilihan Raya Umum (PRU).

Tambah beliau, sistem pilihanraya kecil yang diadakan menyebabkan pelbagai masalah berlaku.

Wujudnya ketegangan antara para penyokong yang boleh mencetuskan pelbagai kejadian yang tidak diingini seperti kematian dalam tragedi Lubuk Merbau.

Pilihanraya kecil juga menyaksikan pelangaran kepada peraturan pilihanraya, bilamana hampir semua parti yang bertanding menggunakan peruntukan melebihi apa yang dibenarkan oleh undang-undang. Semua parti terpaksa membelanjakan wang ringgit, tenaga dan masa yang banyak setiap kali pilihanraya kecil diadakan, bahkan terkadang ianya boleh mengganggu perjalanan pentadbiran yang sedang berjalan, bahkan peruntukan beberapa PRK terkadang boleh mengatasi peruntukan PRU.




Komen Isac;

Mungkin ada benarnya, penulis boleh bersetuju dengan cadangan tersebut.   Selama inipun PRK seolah-olah sengaja dipolitikkan oleh Pakatan Pembangkang....untuk mengekalkan momentum kebencian rakyaat kepada Kerajaan Pusat.

Belanja sesebuah PRK pun tinggi boleh mencecah RM 10 Juta iaitu termasuk kos keselamatan.

Jikalau pendedahan Tuan Ibrahim dijadikan ukuran, "kesemua parti-parti yang  bertanding belanja kempen mereka jauh melebihi had yang dibenarkan"  termasuklah Pakatan. Ini bermaksud  pemimpin-pemimpin kita termasuklah dari pihak "Pakatan" memang suka "melanggar" peraturan.

Yang bodohnya rakyaat....Yang perlu sentiasa patuh pada undang-undang. Ironiny  Parti Keadilan Rakyaat juga tidak "adil" dalam isu ini kerana mereka juga melanggar undang-undang.

Cadangan tambahan penulis, jika ada Wakil Rakyaat sesuatu parti yang meletak jawatan, maka jawatan tersebut akan diserahkan kepada parti yang satu lagi. Ini penting untuk mengelakkan perletakkan jawatan oleh ADUN/MP kerana sengaja mahu mempolitikkan PRK.

Ada berani ke Dato' Tuan Ibrahim???

7 comments:

  1. PAS nak simpan duit sebab nak bagi bini muda. Nak tanggung bini banyak mengguna duit. Di Kelantan nak bayar nafkah bini muda RM3.0juta dari duit rasuah balak. PAS di depan amal jariah dan di belakang rasuah.Macam Anwar sama rata & depan belakang sedap sahaja

    ReplyDelete
  2. cuma cadangan ...ada benarnya..buang masa buang duit buang tenaga.

    elok jika ada ADUN yang meninggal atau letak jawatan 101pcent penyandang akan pegang jawatan tersebut...org kata sama rasa sama adil..hehehehe

    ReplyDelete
  3. Salam Anonymous, April 20, 2010 9:54 AM,

    Kalau meninggal penyandang dari pati yang sama leh ganti...

    Tapi kalau suka-suka letak jawatan atau dikenakan tindakan undang2 jawatan tersebut akan berpindah tangan kepada pihak "lawan" lah....Baru adil dan masing-masing X main politik....

    ReplyDelete
  4. bila nak kalah...baru teringat tak payah PRK...puihh!

    ReplyDelete
  5. Komen di atas sekali saya tak setuju, nanti saya jual awak sama injin jet yang hilang, masalah lelaki kawin 4, memang di wajibkan, sebab, Perempuan lebih ramai dari Lelaki.

    ReplyDelete
  6. kalau mcm tu, mana demokrasinya yg sbgaimana dilaungkan dap & pkr? memang pelik bila sesuatu ayat keluar drp mulut diorang ni. bila kena je batang hidung, itulah, inilah, apa jelah. bila kena kat pihak lawan atau tak menguntungkan pakatan haprak, wahh, dalihnya macam2, semuanya boleh, semuanya halal. situkang bg fatwanya pun bukan main lg, dibolehke kerano untuk kebaikke, kebaikke gapo gak, pirah. tapi statement tuan ibrahim ni mcm keluar bukan drp seorang yg bergelar wakil rakyatlah pulak, statement taraf tadika pasti kot.

    -tokgarooajes-

    ReplyDelete
  7. Salam Suara Rakyat Kunak,

    Oh...Kolah yang jual injin jet tu ye? :)

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.