13 Apr 2010

Calon Bukan Melayu di P94 Hulu Selangor - PKR Ada Berani Ka?



http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=489645
11 April, 2010 15:33 PM
Faktor Bangsa Bukan Kriteria Memilih Calon PKR

SHAH ALAM, 11 April (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata PKR tidak meletakkan faktor bangsa sebagai kriteria penting dalam memilih calonnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor pada 25 April. Beliau yang juga Pengerusi Perhubungan PKR negeri berkata parti itu hanya memilih calon yang "terbaik" yang dedikasi, bekerja keras untuk kebaikan penduduk dan pengundi di kawasan parlimen tersebut.

"Tidak perlu mempolitikkan isu itu (bangsa) apabila memilih calon yang terbaik bagi pilihan raya itu. Ini perkara politik. Isu (bangsa) jangan dilihat sebagai satu "sandiwara politik pilihan raya". Kita dalam PKR tidak melihat dari aspek itu (bangsa) tetapi sebaliknya untuk calon yang layak yang boleh memenangi hati dan minda pengundi di Hulu Selangor," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Tuisyen Rakyat peringkat Selangor dekat sini pada Ahad.

Khalid diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan yang mencabar PKR untuk meletakkan calon bukan Melayu bertanding pada pilihan raya itu sebagai usaha memberikan keadilan kepada semua bangsa di kawasan pilihan raya tersebut. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PKR Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lepas akibat barah otak. Hari penamaan calon bagi pilihan raya itu ialah pada Sabtu ini.

Khalid berkata pemimpin Pakatan Pembangkang akan bermesyuarat dalam masa dua hari akan datang untuk memutuskan calon yang sesuai untuk bertanding pada pilihan raya tersebut.

-- BERNAMA



Komen Isac;

Adun di tiga bahagian P94 Hulu Selangor telahpun diwakili oleh Adun-adun Melayu dan Cina. Untuk berlaku adil, adalah lebih molek jika PKR juga meletakkan calon berketurunan India di kawasan berkenaan.

Walaupun bagi Tan Sri Khalid faktor keturunan wakil yang akan bertanding tidak penting, penulis percaya rakyaat Malaysia berpendapat sebaliknya. Jika benar PKR jujur untuk memperjuangkan semua kaum di Malaysia, apa salahnya jika "memulangkan" kawasan tersebut kepada pemimpin berketurunan India.

Bukankah Pemimpin India itu juga nanti (jika menang) akan mempertahankan dan memperjuangkan keperluan semua kaum di kawasan berkenaan? Selain daripada itu, ianya juga akan dapat menjuruskan kepada "perkongsian" kuasa diantara semua kaum di Malayisa dengan lebih bermakna.

1 comment:

  1. Ini satu pertandingan....setiap orang yang masuk bertanding mesti mahukan kemenangan...untuk menang mesti pilih calon terbaik. so...lu pikir la sendiri...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.