14 Apr 2010

Bukti BN Tidak Meminggirkan Hulu Selangor....

Janji Najib beri peruntukan RM15.6j baiki kerosakan flat direalisasi
http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7564231.asp
HULU SELANGOR - Janji Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak memperuntukkan sebanyak RM15.6 juta bagi membaiki kerosakan flat di sekitar Bandar Bukit Sentosa dan Bukit Beruntung bukan omong-omong kosong di mana rata-rata kediaman tersebut sedang dibaiki. Kediaman yang menempatkan 5,000 unit flat dari 52 blok sebelum ini digambarkan Najib sebagai ‘rumah berhantu’ ekoran bangunan tersebut terbiar dan bumbungnya sudah rosak.

Lebih memilukan itu, kediaman tersebut menjadi lebih tidak terurus di mana rata-rata penghuni mula berpindah. Bagi meneruskan tradisi ‘rakyat didahulukan’ untuk mengatasi segera masalah rakyat, Najib terus mengumumkan peruntukan berkenaan pada 9 Januari lalu dan dengan pengumuman itu, seluruh isi keluarga di taman berkenaan seolah-olah menerima cahaya kehidupan baru.

Seorang suri rumah, Nor Azma Osman, 46, berkata, dia yang tinggal di Flat Anggerik sejak lima tahun dahulu meluahkan rasa syukur dengan usaha kerajaan mendahulukan rakyat. “Sudah hampir sembilan tahun seluruh kediaman di sini rosak dan saya gembira sebab proses membaiki sedang dimulakan. “Masih segar dalam ingatan saya, dahulu tiada bumbung tetapi sekarang kerangka bumbung yang lebih berkualiti mula dipasang,” katanya kepada "Sinar Harian" di sini, semalam.

Katanya, walaupun peruntukan tersebut dianggap sebagai hadiah besar daripada kerajaan, namun kemudahan asas di kawasan penempatan tersebut masih di tahap kurang memuaskan. “Perkhidmatan bas, taman permainan dan kemudahan lain amat diperlukan. Saya berharap kerajaan akan meneliti ke arah itu pula,” katanya.

Sementara itu, Sabariah Abd Hamid, 43, berkata, bantuan yang diberikan itu merupakan komitmen kerajaan di bawah Perdana Menteri yang sentiasa komited dalam menjaga kebajikan rakyat secara keseluruhannya. “Slogan ‘juara rakyat’ jelas membuktikan kerajaan merupakan pejuang rakyat yang sebenar dan kami semua terharu melihat rumah kami mula dibaiki,” katanya.

Zainol Ibrahim, 54 yang enggan gambarnya dirakamkan berkata, pihak swasta dan syarikat korporat juga perlu tampil dan memberikan sokongan kepada usaha-usaha yang dilakukan kerajaan. ”Bantuan yang disalurkan ini tidak akan dilupakan kerana saya percaya UMNO dan Barisan Nasional merupakan satu-satunya parti yang sentiasa memperjuangkan nasib rakyat,” katanya.
Komen Isac;
Satu lagi bukti BN membela nasib rakyaat!!!

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.