bumiyang

Ini bumi yang ku pijak, bumi yang mana langitnya ku junjung. - Pendesak Supaya Manifesto PH Dlm PRU 15 DiTepati!!!

11 Apr 2010

Bertuahnya Jadi MP Bebas, Berpeluang Melancung Ke Luar Negara Lebih Kerap & Percuma...

Kenapa Zul Nordin dan Zahrain ke Amerika ikut rombongan PM...


http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_df3f5222-7f000010-1d956ad0-c2efc25e

Semua nak dipolitikkan oleh pembangkang termasuk mempersoalkan kenapa kerajaan bawa dua ahli parlimen Bebas mengiringi lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat.
Malah Ahli Parlimen DAP Ipoh Timor Lim Kit Siang yang membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat turut mempersoalkan kenapa kerajaan tidak berunding dengan pakatan rakyat atau menjemput Ahli Parlimen pembangkang menyertai rombongan kerajaan ke luar negara.
Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz, yang bertanggungjawab berhubung hal ehwal Parlimen bukan sahaja mempertahankan keputusan kerajaan malah menempelak pemimpin veteran DAP itu.
“Nak hantar pergi AS adalah kerajaan bukan pembangkang, kenapa nak tanya pembangkang,” kata Nazri ketika menjawab isu itu di Dewan Rakyat petang Khamis.
Sambil menyindir katanya, “ lain kali kalau (pembangkang) pergi, bagitau,”.
Dalam jawapannya Nazri menjelaskan, Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin akan ke Washington, Rabu depan menyertai rombongan Malaysia ke Kaukus Kongres Amerika Syarikat.
Katanya, sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap ahli parlimen, beliau memutuskan tiada ahli parlimen BN yang akan dibawa keluar negara ketika parlimen sedang bersidang.
"Disebabkan kekerapan MP pembangkang membuat undian secara blok (memerlukan kehadiran MP untuk mengundi) pada setiap kali sidang Parlimen adalah tidak adil memaksa MP pembangkang mengiringi Perdana Menteri untuk lawatan itu,” katanya.
Menurut Nazri, jika beliau berbuat demikian pembangkang akan menuduhnya tidak berlaku adil kerana mereka juga memerlukan jumlah berkenaan bagi pengundian secara blok.
“Jadi, yang boleh pergi ialah hanya MP Bebas,” katanya.
Lagipun katanya, wakil rakyat DAP, PKR dan PAS sudah ada yang pergi keluar negara di bawa kerajaan.
Menjawab isu sama, Nazri turut menjelaskan ketika Zahrain dan ahli parlimen PKR Wee Choo Keong menyertai lawatannya ke Amerika Syarikat pada Februari lalu, Ahli Parlimen Bayan Baru masih pembangkang yakni dalam PKR sebelum keluar parti Mac lalu.-8/4/2010

Komen Isac;
Benarlah seperti kata pepatah, "Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu". Siapa-siapa MP yang teringin nak pergi melancung keluar negara, elaun dibayar dan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia, jomlah ramai-ramai pakat-pakat jadi MP bebas.....Tapi pastikan anda menyokong Kerajaan BN na.....
ISAC at 15:00
Share

2 comments:

  1. Anonymous11 April 2010 at 09:39

    NAJIB NAK BAWA MP BEBAS NAK TANYA PEMIMPIN AMERIKA BETUL KAH APA YAG DI CANANGKAN AL JUBURI SELAMA INI TETANG KEZALIMAN PEMIMPIN BN DI MALAYSIA ... SAKSINYA SEKARANG WAKIL ATAU BEKAS POKR ATAU RAKAN KARIB AL JUBRI ITU SAJA

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
  2. Anonymous12 April 2010 at 12:37

    Isac, mungkin mereka boleh jadi jurucakap ada apa yang di tanya oleh Obama nanti.PM tak pening kepala.oklah tu.

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.

‹
›
Home
View web version

About Me

  • ISAC
  • bumiyang
Powered by Blogger.