8 Mar 2010

Hanya Selepas 15 Tahun Menganjurkan LTdL - Syabas Anuar Manan!!!


(Left to right) Australia's Peter McDonald from team Drapac Porsche Cycling, Venezuela's Jose Rujano Guillen from team ISD-Neri, Malaysia's Manan Anuar from team Geumsan Ginseng Asia and South Korea's Gong Hyo Suk from team Seoul Cycling pose at the prize giving ceremony after the seventh and last stage of the the Tour de Langkawi in Kuala Lumpur today. Guillen took the overall title in Malaysia's 15th Tour de Langkawi race, with Shaw taking the final stage of the event. Pic by AFP.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Anuarcemerlang/ArticleAnuar cemerlang
Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my
2010/03/08

BERLABUHNYA tirai perlumbaan terbesar Asia edisi ke-15, Le Tour de Langkawi (LTdL) di Dataran Merdeka, semalam menyaksikan, Anuar Manan gah di pentas kemenangan apabila menyarung jersi Hijau untuk dinobatkan sebagai Raja Pecut. Anak kelahiran Kuala Ibai, Terengganu itu turut melakarkan sejarah tersendiri dalam arena perlumbaan berstatus Hors itu apabila menjadi pelumba pertama Asia dalam tempoh penganjuran merangkul jersi Hijau buat julung kali.

Anuar yang bersaing sengit dengan pelumba Jayco-Skins, Michael Matthews sepanjang tujuh perlumbaan, akhirnya berjaya mengumpul 103 mata mengatasi Matthews yang sekadar memungut 82 untuk berkedudukan di tempat kedua dalam saingan jersi Hijau itu. Namun impian pelumba berusia 24 tahun dalam percubaannya untuk meraih kemenangan peringkat buat kali kedua gagal apabila melepasi garisan penamat di tempat keempat dalam perlumbaan yang menyaksikan penamat beramai-ramai.


Perlumbaan yang dilepaskan dari Kuala Kubu sejauh 133.7km itu didominasi pelumba Drapac Porsche, Stuart Shaw yang melepasi garisan penamat dengan catatan 3 jam 1 minit, tempat kedua menjadi milik pelumba Pro Tour, Footon-Servetto, Vidal Celis dan Rene Haselbacher (Vorarlbrg-Corratec) ketiga. Bagi Anuar, kejayaan bergelar Raja Pecut bukan kejayaannya seorang dan ia adalah hasil usaha semua pelumba negara dalam pasukan kebangsaan yang banyak membantunya memudahkan perancangan strategi.


“Kejayaan ini adalah yang terbaik saya selain merealisasikan impian muncul kemenangan semua peringkat. Terima kasih kepada semua rakan pelumba dan rakyat Malaysia yang membantu kejayaan saya hari ini. “Selepas ini saya akan ke Eropah, mungkin ke Perancis untuk berlumba dan menjalani latihan di sana dan berharap agar dapat memperbaiki prestasi saya, terutama dalam pecutan, jika boleh, mencapai tahap seperti pasukan profesional,” katanya yang akan terus bersama Geumsan Ginseng.


Dalam persaingan perebutan tiga jersi yang ditawarkan, penakluk Genting Highlands, Jose Rojano dari ISD-Neri muncul pelumba terbaik bagi menyarung jersi Kuning apabila mempunyai kelebihan 2 minit 7 saat ke atas pelumba di tangga kedua Gong Hyo Suk (Seoul Cycling). Hyo Suk bagaimanapun dinobatkan Pelumba Terbaik Asia apabila disarungkan jersi Biru dengan Peter McDonald merampas kembali jersi Polka Dot (Raja Bukit) daripada Rujano selepas pelumba dari Darpac Porche mengungguli saingan di dua pendakian ditawarkan, semalam.


Sementara itu, hasrat skuad negara untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-12 keseluruhan tidak kesampaian apabila menduduki tempat ke-14 dengan Adiq Hussinie Othaman muncul pelumba tempatan terbaik di tempat ke-35.



Komen Isac;



Selepas 15 tahun mengunjurkan LTdL baru kini kita dapat menuai hasilnya, itupun selepas Anuar Manan menyertai kelab professional Geumsan Ginseng Asia. Jestru itu mungkin ada baiknya persatuan lumba basikal negara menghantar lebih banyak pelumba-pelumba negara untuk menyertai kelab-kelab professional..

1 comment:

  1. Tahniah...
    apa mungkin ini bukan kerja Rosmah yang telah beli pelomba-pelomba yang lain supaya Anuar Manan boleh menang.... jersi hjau pulak tu.......
    hehehehhehehehehhe

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.