6 Mar 2010

PKR Sememangnya "Terbaik" - Dalam Bab Menyalahkan Orang Lain.....


Thursday March 4, 2010
http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=55232-syed-husin-umno-bn-taja-mp-keluar-pkr
Syed Husin: Umno-BN taja MP keluar PKR


KUALA LUMPUR, 4 Mac — Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kehilangan tiga Ahli Parlimennya dalam tempoh tiga minggu ini yakin ia tidak akan lingkup sebagaimana diramalkan sambil menyifatkan parti itu akan mempunyai kulit yang “lebih bersih dan badan yang lebih sihat”.

Dalam kenyataannya yang ketiga dikeluarkan sejak Isnin lalu, Timbalan Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali berkata kepimpinan Umno-Barisan Nasional telah memainkan peranan dalam menarik keluar wakil-wakil rakyat parti itu sejak kebelakangan ini.

“Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak dan isterinya (Datin Seri) Rosmah Mansor menemui hampir semua sebelum mereka keluar termasuk juga beberapa orang bukan Adun atau Ahli Parlimen yang boleh diperalatkan — dengan menjanjikan berbagai-bagai habuan untuk memikat mereka.


“Kami mendapat maklumat bahawa berpuluh juta dana disediakan oleh Perdana Menteri serta kroni konrporatnya untuk membeli Adun dan Ahli Parlimen terutama dari PKR,” kata beliau.

Justeru kata Syed Husin, Najib dan pemimpin Umno yang lain berikrar konon hendak berusaha menghapuskan korupsi, sebaliknya mereka sentiasa melakukan korupsi politik dan kewangan besar-besaran.

“Tindakan korupsi mereka pasti akan menjadikan PKR lebih teguh dan mantap dan disokong rakyat ramai,” katanya lagi.
Beliau menambah, peristiwa beberapa orang Ahli Parliamen melompat keluar dari PKR merupakan proses penyucian yang dialu-alukan.



Komen Isac;


Itulah kelebihan PKR, apapun kesalahan "mereka" itu adalah didalangi oleh Umno/BN....Mereka sentiasa "suci lagi menyucikan" taraf "dewa-dewi"??? Kalau mereka buat tak apa, demi rakyaat.....Tapi kalau Umno/BN tak boleh.....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.