11 Mar 2010

Pelabur Asing Bertumpu Ke Malaysia Di Sebalik Laporan Negatif DSAI


10 Mac, 2010 22:38 PM
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=481453

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Malaysia terus menarik pelabur asing sungguh pun terdapat laporan media negatif di luar negara.

"Saya tidak akan berkata ia memberikan impak yang hebat kerana masih ramai pelabur datang ke Malaysia.

"Bagi satu negara yang bersaing dengan negara lain untuk menarik pelaburan, Malaysia masih di kedudukan yang baik," kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di sini Rabu.

Beliau, bagaimanapun berkata, negara harus menghasilkan berita-berita yang baik.

"Bagaimanapun, terdapat beberapa pihak, termasuk rakyat Malaysia yang pergi ke luar negara dan membuat kenyataan-kenyataan buruk mengenai Malaysia sedangkan tiada kejadian buruk di negara ini," kata Mukhriz kepada Bernama selepas menyampaikan ucapan penutup di MINDCreat 2010.

Beliau berkata rakyat Malaysia, terutamanya, yang menetap di luar negara, harus bertanggungjawab dan memperbetulkan fakta mereka untuk mempertahankan negara.

Dalam satu kenyataannya baru-baru ini, beliau berkata Malaysia mempunyai masalah sendiri tetapi ia masih negara yang stabil tanpa kekacauan umum atau bencana alam yang teruk.

Kementeriannya, menerusi MIDA dan Matrade serta misi-misi dagangan dan pelaburan, berusaha memberikan fakta yang betul terutamanya kepada pelabur yang mahukan gambaran sebenar tentang negara ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, kini berada di Eropah mengetuai misi dagangan dan pelaburan Malaysia untuk menyakinkan pelabur Eropah untuk melabur di Malaysia dan meningkatkan imej negara dengan menjelaskan beberapa isu.

Kerajaan telah meluluskan 766 pelaburan pengilangan bernilai RM32.6 bilion tahun lepas di mana pelaburan asing mewakili 67.8 peratus atau RM22.1 bilion.

Pelaburan terus asing kebanyakannya dalam industri pengilangan kimia dan produk kimia, produk mineral bukan logam serta barangan elektronik dan elektrik.

-- BERNAMA



Komen Isac;


Walaupun "disabotaj" oleh sebahagian "pemimpin pembangkang Malaysia", ekonomi negara nampaknya masih berjaya bernafas lega dan diharap agar ianya dapat keluar dari kemelesetan secepat mungkin.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.