9 Mar 2010

Mengapa Melayu Hanya Berani Dengan Melayu?

Pemimpin Pas & PKR Melayu Begitu Akur, Tunduk dan Patuh Dengan Bekas Banduan Ini.



Isu Felda - Mengapa Perlu Diperbesarkan? Seperti Melepaskan Anjing Yang Tersepit?

Siapakah Dalangnya?





Kebanyakkan peneroka Felda kebanyakkannya adalah kaum Melayu yang asalnya adalah merupakan golongan miskin yang hidup dalam serba kedaifan di kampung halaman sendiri. Apabila diberikan peluang untuk mengubah nasib di tanah-tanah rancangan mereka diberikan tanah, rumah, insuran, khiarat kematian, peluang berniaga di bandar-bandar Pusat Felda, sekolah berasrama untuk anak-anak mereka dan malah peluang untuk melanjutkan pelajaran di universiti-universiti Awam dan swasta.



Kini rata-rata pendapatan peneroka Felda telah semakin baik, di antara RM 4-5 ribu sebulan, semasa tanaman semula pula hampir RM 3 ribu sebulan, apa lagi yang mereka tak puas hati? Lebih tinggi daripada pendapatan siswazah baru. Jestru itu mengapa segala peraturan yang telah dipersetujui bersama Felda dikecam? Peraturan tidak membenarkan "menukar" jenis tanaman dan "memecah/mengecilkan" geran tanah adalah untuk mempastikan Felda tidak kehilangan ladang-ladang yang ditadbir mereka....



Mengapa mahu bersikap, "habis madu, sepah dibuang?" Mengapa pula para peneroka mahu bersikap seperti pepatah, "melepaskan anjing yang tersepit". Mengapa dituruti dakyah pembangkang? Di manakah pemimpin-pemimpin pembangkang ketika anda semua "merempat" di kampung halaman sendiri dahulu? Sememangnya pemimpin-pemimpin pembangkang ini begitu cemburu dengan peneroka di tanah rancangan kerana ianya dilihat sebagai kubu kuat BN.



Kepada mereka yang belum mendapat geran, sekiranya itu memang hak mereka, mintaklah dengan cara baik. Perlu diingat, dalam sesetengan tanah rancangan yang agak "terkemudian" pemberian tanah bukanlah salah-satu perkara yang termaktub di dalam perjanjian dan sebaliknya "peneroka" tersebut hanyalah di ambil sebagai pekerja kepada sesuatu tanah rancangan.



Kepada Felda pula tolong pastikan syarikat tidak menindas para peneroka....



Harapan penulis Melayu/Bumiputera perlu sama-sama tolong Melayu/Bumiputera....Jangan Melayu/Bumiputera hanya berani dan pandai tipu sesama sendiri tetapi kecut dengan orang lain....





2 comments:

  1. Salam Isac, inilah pewaris si kitol, golongan ini bukan saja menunjukkan gagah dan garang dikalangan sesama Melayu, tetapi juga dilatih untuk mengkhinati sesama Melayu, memusuhi sesama Melayu, tetapi lebih menjaga hati-hati kaum lain yg dapat memberi jawatan, kesenangan kepada mereka..... mudah cakap, negara pun puak-puak ini sanggup gadaikan....

    ReplyDelete
  2. Ada kita pernah dengar parti pembangkang Cina ataupun India mempertikaikan jutawan bangsa mereka dari kalangan yang pro kerajaan ataupun mereka dari MIC, MCA, PGRM, PPP, AIMPF. Ada depa mendedahkan kekayaan yang dianggap sebagai merampas harta rakyat sepertimana yang sedang dilakukan oleh PAS dan PKR terhadap Melayu yang pro-UMNO. Adakah DAP, MCA, MIC, PGRM, PPP dan AIMPF memburukan syarikat mega, golongan korporat milik bangsa meraka dengan tujuan untuk menjatuhkannya seperti yang sedang dilakukan oleh PAS terhadap FELDA. Sebabnya dalam PAS tiada bangsa-bangsa [maknanya tiada Melayu], PAS tidak malu berusaha memusnahkan Melayu, hak milik Melayu, PAS rasa tidak bersalah memusuhi Melayu, PAS rasa bangga memusnahkan hak Milik Melayu, PAS bangga menjadi ejen no-malay dalam memburukkan kekayaan orang Melayu. Sepatutnya PAS bangga kerana ada orang Melayu kaya macam Daim Zainudin, PAS sepatutnya bangga kerana FELDA teguh dalam membela para peneroka. kalau FELDA rugi pas sepatutnya berusaha membantu pentadbiran FELDA supaya tidak rugi....malangnya, spisis melayu PAS dalam FELDA yang tak mengaku Melayu bertindak menjadi anjing-anjng peliharaan DAP hendak memusnahkan kandangnya sendiri yang didakwa tidak cantik......

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.