16 Mar 2010

Lantik Orang Asli Jadi Senator

Isnin Mac 15, 2010


Bekas Hakim Harap Orang Asli Dilantik Sebagai Senator


http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/15/mstar_berita/20100315162907&sec=mstar_berita



KANGAR: Seorang bekas Hakim Mahkamah Rayuan hari ini berharap kerajaan melantik individu di kalangan Orang Asli sebagai anggota Dewan Negara bagi menyuarakan hasrat dan keperluan golongan minoriti berkenaan. Datuk Mohd Noor Abdullah berkata, cadangan itu berikutan pengumuman kerajaan baru-baru ini mengenai lonjakan bantuan kewangan serta pelan strategik masa panjang untuk memajukan kaum Orang Asli.


Bagi merealisasikan hasrat itu, seorang anggota Dewan Negara perlu dilantik di kalangan kaum Orang Asli bagi membawa hasrat kaum itu ke arah kehidupan yang lebih baik, katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohd Noor juga berharap kementerian tertentu dapat meminjamkan para pegawai kanan perkhidmatan negeri Sabah dan Sarawak ke jabatan persekutuan tertentu bagi mendedahkan mereka dengan pengalaman baru yang boleh diterjemahkan untuk melaksanakan pembangunan di negeri masing-masing.


Beliau percaya langkah melantik anggota Dewan Negara dan meminjamkan pegawai perkhidmatan awam negeri Sabah dan Sarawak ke jabatan-jabatan persekutuan akan memantapkan lagi gagasan 1Malaysia. - BERNAMA

Komen Isac;

Saranan yang boleh diketengahkan lebih-lebih lagi apabila kita telah hampir 53 tahun mencapai kemerdekaan...

1 comment:

  1. MOHD OLIAN BIN ABDULLAH telah dilantik sebagai senator bagi mewakili org asli. Beliau dari Bera, Pahang.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.