3 Mar 2010

Ini Dia Wajah "Pengkhianat" Terbaru???



http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_1b63fcca-cabec5bb-154de0b0-d08a5a1a
Ahli Parlimen Bagan Serai, Perak, Mohsin Fadzli Samsuri berkata, beliau kecewa pakatan pembangkang mengkritik Institusi Raja-Raja serta kehakiman dan tidak puas hati sikap PKR menyokong penggunaan Kalimah Allah oleh bukan Islam. Menurut Mohsin, beliau mengenali Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 20 tahun tetapi tidak lagi boleh berkompromi dengan tindak tanduk parti itu.

Selain isu Kalimah Allah, beliau turut menyelar tindakan PKR mengutamakan mereka yang baru menyertai parti itu dan menyisihkan pemimpin yang sama-sama berjuang pada peringkat awal reformasi. Katanya lagi, perbuatan khianat, tikam belakang, sabotaj dan fitnah semakin menjadi-jadi hingga beliau tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli parlimen.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Mohsin yang pertama kali bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin dari Umno dengan majoriti 3,413 undi. Hadir sama di sidang akhbar itu ialah bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Salehuddin Hashim.

Komen Isac:

"Pengkhianat!!!!!!!!" Itu tentunya lebel yang diberikan oleh Pakatan Pembangkang dan penyokong-penyokong tegar mereka. Mereka lupa bahawa tindakan keluar parti yang sedang "giat" berjalan sekarang ini serupa dengan idea mereka khususnya DSAI yang kononnya akan dapat "menawan Putrajaya pada 16 September 2008" .

Kata-kata DSAI, "we already have the numbers.........", masih terngiang-ngiang di telinga.....

2 comments:

  1. Salam Sdr,

    Parti Keadilan Rakyat semakin menuju kehancuran.Satu demi satu dilihat keluar dari parti pakatan rakyat ini.

    Apakah signifikan nya pada Pakatan Rakyat di Perak? Barangkali isu yg menghimpit komponen PR ini ada hikmahnya pada PAS di Perak.

    Nizar dilihat akan gunakan Sidang DUN Perak akan datang sebagai dalang ganti untuk mengaburi pandangan rakyat terhadap kepincangan PR.

    Lihatlah nanti,segala wayang kulit, undang-undang rimba, pelakon terbaik anugerah skrin dan berbagai lagi bakal menggegarkan sidang dun perak 30 Mac!

    ReplyDelete
  2. mujur juga hj ni sempat balik ke pangkal jalan dari terus sesat bersama Al-Juburi!!!!!!!

    Cloroc Bleach

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.