18 Feb 2010

Terkini Kes Liwat - Hakim Tak Undur Diri!!!

Liwat II: Hakim tidak undur diri
Hafiz Yatim
Feb 18, 10
10:04am

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah tidak perlu mengundurkan dirinya daripada membicarakan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Mohamad Zabidin, beliau tidak akan mengundurkan diri kerana tiada bukti yang menunjukkan beliau menipu seperti yang didakwa oleh pihak peguam bela.

"Tiada sebab bagi saya melucutkan diri kerana dengan berbuat demikian akan dilihat sebagai melarikan diri daripada tanggung jawab dan amanah saya sebagai hakim," katanya.

Anwar membuat permohonan itu setelah mendakwa hakim berkenaan berat sebelah dan menipu kerana gagal bertindak ke atas akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan perbicaraannya.

Perbicaraan ini dipantau oleh masyarakat antarabangsa dengan teliti berikutan tuntutan dari ahli parlimen Australia dan juga pemimpin dunia lain yang mahukan dakwaan berkenaan digugurkan.

Dengan keputusan tidak mengundurkan dirinya, perbicaran kes liwat yang membabitkan mantan timbalan perdana menteri itu akan bersambung dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat disoal siasat oleh peguambela Anwar.


Komen Isac;

Mengapa pula hakim yang nak mengundurkan diri, sebaliknya Karpal Singh yang "cuba menipu" dengan mengatakan hakim "berbohonglah" yang sepatutnya mengundurkan diri. Ini kerana fakta-fakta yang dilaporkan oleh "Utusan Malaysia" adalah seperti yang direkodkan oleh transkrip mahkamah. Jadi jelaslah siapa yang berbohong sebenarnya.

Mahkamah juga boleh mengambil tindakan "menghina mahkamah" terhadap Karpal kerana membuat fitnah terhadap tuan hakim dengan mengatakan bahawa "hakim telah berbohong". Selain itu atas dasar etika, Karpal sepatutnya mengundurkan diri secara terhormat. Itu belum termasuk mengemukakan "laporan perubatan palsu" yang kononnya telah dikeluarkan oleh hospital Pusrawi di mana didalam laporan berkenaan di laporkan bahawa tiada "tusukkan" terhadap anus Saiful ataupun dalam perkataan lain, beliau tidak diliwat.

Jika laporan tersebut terbukti palsu, Karpal perlu "bertaubat" dan bersara dari arena guaman kerana integriti beliau telah teerhakis dengan teruk sekali.

4 comments:

  1. Salam Perpaduan dan 1Malaysia.

    Tahniah atas dokongan dan sokongan terhadap doa mereka yang menadah tangan ke langit memohon perpaduan ummah tanpa henti henti.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Salam Perjuangan,

    Peguambela DSAI yang perlu diawasi Pakatan Pembangkang. Esp. Karpal Singh yang menuduh DSAI Pelaku sex luar tabii yang teruk. Jangan jangan dia nak ajar DSAI yang tak pandai tobat tobat!

    ReplyDelete
  3. Dah terlalu meluat dgn kes liwat orang ni....macam semut jatuh ke air deras, terpaksa berpegang kepada segala ranting dan dahan sebab nak selamatkan diri daripada air dan terus mati lemas....
    Entah lah bila nak berakhir lakonan drama orang ni....Di mana hak Saiful, terpaksa menanti..menanti dan menunggu serta menunggu perbicaraan?

    ReplyDelete
  4. Dah terlalu meluat dgn kes liwat orang ni....macam semut jatuh ke air deras, terpaksa berpegang kepada segala ranting dan dahan sebab nak selamatkan diri daripada air dan terus mati lemas....
    Entah lah bila nak berakhir lakonan drama orang ni....Di mana hak Saiful, terpaksa menanti..menanti dan menunggu serta menunggu perbicaraan?

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.