22 Feb 2010

Resam Dunia - Pejuang Dituduh Pengkhianat, Pengkhianat Sebenar Dapat Nama.



21 Februari, 2010 18:49 PM

Mustapa Sedih Dituduh Derhaka Dan Pengkhianat Kepada Rakyat Kelantan

KOTA BAHARU, 21 Feb (Bernama) -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed meluahkan rasa sedih apabila dianggap mengkhianati rakyat Kelantan kerana tidak memihak kepada kerajaan negeri yang diteraju PAS dalam menuntut royalti minyak.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkata beliau telah melakukan yang terdaya mengikut keupayaannya sebagai anggota kerajaan persekutuan sejak 1996 dalam memperjuangkan nasib rakyat Kelantan meskipun mereka ditadbir oleh parti PAS.

"Sebagai anak jati Kelantan, saya sanggup meluluskan peruntukan berpuluh juta ringgit bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan warga jabatan-jabatan persekutuan di sini.

Beliau memberi contoh antara projek pembangunan yang pernah diluluskannya ialah pembangunan Medan Tuan Padang bernilai RM1 juta, Pasar Siti Khadijah (RM3.3juta) dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan bernilai RM5 juta.

"Saya amat sedih dan dukacita jika dalam begini saya masih dikatakan sebagai rakyat yang derhaka dan mengkhianati rakyat Kelantan kerana semata-mata tidak menyokong kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan kerajaan negeri ini," kata Anggota Parlimen Jeli itu.

Mengenai isu royalti itu, Mustapa berkata beliau telah membantu rakyat Kelantan mendapat wang ihsan yang bakal diagih pada Mac ini. "Soal tuntutan kerajaan negeri untuk mendapatkan wang royalti itu tidak berbangkit lagi, yang pastinya rakyat akan mendapat faedah melalui wang ihsan, cuma kaedahnya berbeza," katanya.

Mustapa diminta mengulas mengenai ceramah-ceramah yang diadakan penyokong PAS yang antara lain menyifatkan beliau sebagai pengkhianat dan menderhaka kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti minyak tersebut. Mustapa menegaskan kerajaan persekutuan juga tidak pernah menganak tirikan Kelantan dalam agihan peruntukan pembangunan sepanjang negeri itu ditadbir PAS sejak 20 tahun lepas.

Malah katanya peruntukan yang diberi kepada kerajaan negeri Kelantan adalah berkali ganda lebih banyak berbanding kutipan hasil yang diserah kepada kerajaan pusat.

-- BERNAMA


Komen Isac;


Bukan ke penulis dah cakap, jangan mainkan lagi isu ini. Penulis berada di bawah.... Pada pengamatan penulis, dalam isu ini sememangnya Umno/BN dah kalah. Betul atau salah itu isu lain. Bila isu kononnya pimpinan ulamak ditindas dan faktor kenegerian dimainkan, Umno/BN pasti akan kalah terutamanya di Kelantan. Tok Pa & Awang Adek yang sememangnya orang Kelantan sepatutnya memahami dan mengerti bahawa jika dua isu ini dimainkan, rakyaat Kelantan akan menyebelahi TGNA dan PAS.



Bila kedua isu ini dimainkan "kewarasan" rakyaat Kelantan akan hilang dan perasaan kenegerian akan membuak2...Semangat anti Kerajaan Federal akan menjadi dendam kesumat. Segala bantuan, usaha dan wang pembangunan berbillion ringgit yang dihulurkan oleh Kerajaan Pusat dengan hasil usaha Tok Pa dan Awang Adek hanyalah ibarat, "mencurah air ke daun keladi".



Berhenti mainkan isu ini sebelum terlewat, jangan biarkan Umno/BN semakin terbelit oleh isu ini. Ambillah nasihat ikhlas saya ini, sememangnya saya sangat memahami "tabiaat orang Kelantan". Sebagai orang Kelantan saya pasti Gomo dan Panglima akan sependapat dengan saya.

4 comments:

  1. Bagi jer..

    Kito nk tengok tok lebai berebut pitis lepas ni.

    Pas akan jatuh kerana duit. Tapi pas takkan jatuh kerana kemiskinan.

    ReplyDelete
  2. Itu la dia semangat kenegerian orang Kelantan kan.... dah terang2 pelantar minyak yang terhampir dengan Kelantan jauhnya lebih dari 3 batu nautika tapi disebabkan assobiyah kenegerian itu semua tak di ambil kira. Nak bawa tuntutan ke mahkamah pun tak berani sebab memang pasti faktanya Kelantan tak layak terima royalti.

    Alasan yang paling "bodoh" di dendangkan oleh pencacai hamPAS adalah mahkamah di Malaysia ini telah dikuasai oleh UMNO. Jika begitu, saya pasti si pengkhianat AnWAR Al-Juburi tu dah lama duduk dalam penjara jika mahkamah itu hanya berpihak kepada UMNO.

    Dan, terimalah kembali tagline yang dah lama saya tak tulis.....

    "1hamPas, Kelantan didahulukan, N.ajis diutamakan" - BEGITU ASSOBIYAH

    ReplyDelete
  3. Memang org Kelantan pada dasarnya mempunyai sifat kenegerian yang sgt kuat. Keteguhan dan ketaatan mereka pada sesorang ketua tidak boleh ditimbal balik.. juga kehidupan mereka dari dulu mana mau mendengar dan menerima pendapat org luar... bagi mereka, mereka adalah hak mereka. org luar tidak boleh campur tangan... itu yang susahnya...

    ReplyDelete
  4. sapa TokPa nak bercakap pasal duit minyak.. dia bukan Ahli Petronas pun... kementerian dia pun bukan handle minyak pun...
    Kuli dgn Tun salleh Abas yang draf perjanjian tu..
    kalau luar dari 3 bau nautika tak layak dapat royalti, sarawak pun tak layak la....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.