1 Feb 2010

Perlukah Mereka Ini Dipertahankan?

Merampas dan Memusnahkan Komputer Milik Universiti.





Berdemo Selepas Kalah Bertanding.

http://www.malaysiakini.com/news/123341
Universiti diminta tak singkir mahasiswa berdemonstrasi
Jan 30, 10 9:33pm


Pihak pengurusan universiti diminta supaya bertindak adil dan tidak menyingkirkan sembilan mahasiswa yang ditahan polis kerana mengadakan demonstrasi membantah proses pilihan raya kampus (PRK) di ibu negara Sabtu lalu.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata perkara itu perlu diserahkan kepada pihak polis untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap mahasiswa yang terbabit dalam demonstrasi itu. Beliau berharap pihak pengurusan universiti tidak mengenakan tindakan dwi-dakwaan terhadap mahasiswa tersebut atas satu kesalahan. "Setiap universiti mempunyai pelbagai bentuk tindakan tataterbit di mana tindakan buang pelajar adalah jalan terakhir. Saya harap ia tidak akan sampai ke tahap itu," katannya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Karangkaraf di Shah Alam hari ini.

Komen Isac;

Perlukah mereka ini dipertahankan? Terutamanya pelajar yang merampas dan merosakkan komputer milik pihak universiti tu.....Kalau inilah bakal pemimpin masa depan yang ingin kita lahirkan, saranan Timbalan Menteri tersebut bolehlah diterima pakai...

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.