9 Feb 2010

Perbicaraan Kes Liwat DSAI Ditangguh Lagi - "Borrrrr ring........."

Kes liwat Anwar : perbicaraan ditangguhkan ke esok...


Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berlangsung sekejap saja pagi Selasa. Ia ditangguhkan ke pagi esok. Perbicaraan bermula pada jam 10.06 pagi dan ditangguhkan jam 10.15 pagi. Ia dibuat selepas peguam Karpal Singh mengemukakan hujah mengapa beliau kemukakan permohonan minta hakim tarik diri.-9/2/2010

Komen Isac;

Kenapa penyokong-penyokong DSAI tidak ramai yang menghadiri perbicaraaan kes beliau kali ini, iaitu tidak seramai sepertimana kes tersebut dibicarakan pada sekitar tahun 1998/1999???

1) Penyokong-penyokong yakin beliau sememangnya bersalah?

2) Meluat nak datang mahkamah kerana beliau asyik mencari peluang untuk menangguhkan perbicaraan?

3) Penyokong-penyokong tahu bahawa kes tersebut akan semakin dilanjutkan dengan penangguhan demi penangguhan?

4) Penyokong-penyokong dah tak ada duit tambang, maklumlah telah di tangguhkan sejak 18 bulan dahulu? Modal tambang dah habis?

5) Tembelang DSAI telah pecah?

6) PKR dah tak bayar upah untuk menghadiri perbicaraan?

7) Ingat penyokong-penyokong tak payah nak kerja ke? Asyik nak kena datang ke mahkamah dan kes ditangguhkan, ditangguhkan dan ditangguhkan lagi?

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.