17 Feb 2010

Malaysia Digesa Bicara DSAI Secara Adil - DSAI Juga Sepatutnya Jangan Gentar Untuk Ke Mahkamah.....


JK Senat AS gesa kes Anwar dibicara secara adil
Feb 17, 10 12:21pm

Jawatankuasa hubungan luar senat Amerika Syarikat menggesa kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya memastikan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menghadapi tuduhan liwat, berjalan secara adil.


“Sudah lebih satu dekad sejak perbicaraan Anwar yang pertama, atas tuduhan yang kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan,” kata pengerusinya John Kerry.

“Tuduhan kali ini sama dengan tuduhan sebelum ini, dan Anwar didakwa selepas terpilih sebagai ahli parlimen dan ketua pembangkang di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Kerry menggesa kerajaan Malaysia supaya memberi perlindungan perundangan yang sewajarnya, sejajar dengan kedudukan Anwar sebagai seorang ahli parlimen dan seorang warganegara.

“Dan bagi menyelesaikan kes terhadapnya secara yang memberi keyakinan terhadap kredibiliti dan keadilan dalam sistem kehakiman Malaysia,” katanya.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

http://www.malaysiakini.com/news/124489
Komen Isac;
Seruan ini juga seolah-olah mahu memberikan tekanan kepada "Mahkamah Malaysia" cuma ianya bernada agak lembut berbanding gesaan 50 MP Australia sebelum ini. Tetapi yang jelas samada rakyaat sedar ataupun tidak, sejak sebutan kes Liwat tersebut yang telah menjangkau hampir 2 tahun, DSAI dilihat seolah-oleh begitu "takut" untuk diadili di Mahkamah.
Walaubagaimanapun pada pengamatan penulis DSAI dilihat sengaja melambat-lambatkan perjalanan proses pendakwaan dan seterusnya cuba untuk "menggugurkan" pendakwaan ke atas dirinya atas satu sebab yang hanya beliau sendiri yang mengetahuinya. Jika beliau benar-benar tidak bersalah mengapa beliau seolah-olah mahu melarikan diri daripada perbicaraan? Penulis menyeru DSAI agar jangan gentar ke Mahkamah kerana rakyaat juga mahukan "kebenaran", jangan sampai penyokong-penyokong "tegar" PKR juga membuat keputusan bahawa beliau sememangnya bersalah dan juteru itulah beliau kelihatan begitu takut untuk ke mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.