20 Feb 2010

Jika Gesaan Ini Berjaya, Mahkamah Bakal Dihapuskan - Semua "Perbicaraan" Dibuat Di Dewan Rakyaat...


19 Februari, 2010 18:55 PM

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=476545

Sidang Khas Bincang Kes Anwar Tidak Berasas - Najib


BANDAR JENGKA, 19 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sidang khas Parlimen bagi membincangkan usul untuk menggugurkan dakwaan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang tidak berasas.

Perdana Menteri berkata perbicaraan kes liwat berkenaan bukanlah "perbicaraan politik", sebaliknya ia adalah "perbicaraan peribadi". "Ia tidak melibatkan soal dasar kerajaan, tidak melibatkan apa nama pendirian kerajaan pun, ini soal seseorang (Mohd Saiful Bukhari Azlan) yang telah membuat aduan, yang bekerja di pejabatnya sendiri (sebelum ini), ini urusan peribadi sebenarnya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Umno Pahang, di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang yang meminta satu sidang khas Dewan Rakyat diadakan kerana kes itu disifatkan Lim telah menjadi bahan jenaka masyarakat dunia. Mengulas lanjut berkenaan sidang khas, Najib berkata: "Hanya perkara berhubungan kepentingan nasional, ini merupakan perkara peribadi dan tidak kena mengena langsung dengan kerajaan ".

Najib berkata kes liwat berkenaan bukan boleh dibincangkan di sidang Parlimen kerana kes itu kini sedang dibicarakan. "Ini bukan soal tidak boleh tentukan (sidang khas), ini soal peribadi, personal dan kes telah masuk ke mahkamah dan tidak boleh ditarik balik," katanya.

"Ini tidak melibatkan kerajaan, ini sebenarnya soal antara (Mohd) Saiful dan Anwar Ibrahim, jadi apa-apa pun dia kena selesai antara dia berdua, tidak libatkan kerajaan, itu yang saya katakan, ini bukan political trial," katanya. Anwar, 63, yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Anggota Parlimen Permatang Pauh dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful, 25, di Bukit Damansara pada 26 Jun, 2008.

Najib berkata apa yang dilakukan pihak pembangkang itu kini ialah mereka cuba mengalihkan tumpuan terhadap kes itu dan menggambarkan seolah-olah ia satu perbicaraan politik. Mengulas mengenai tindakan 50 Anggota Parlimen Australia yang membantah perbicaraan kes itu, Najib berkata kerajaan akan memberikan penjelasan kepada mereka.

"Kita kena terangkan, mereka tidak mendapat maklumat yang sebenarnya, mereka (hanya) dapat (maklumat) dari pembangkang," katanya.



Komen Isac;



Kita bubarkan aje mahkamah, wakil rakyaat (MP) tak akan ada kerja lain kerana mereka akan menjadi "hakim" perbicaraan di dewan rakyaat.



Takkan DSAI aje yang mahu "dibicarakan" di Dewan Rakyaat, rakyaat marhaein pun wajar diberi layanan yang sama.

2 comments:

  1. Betulllllllll tu.... bubarkan mahkamah, kita buat pilihanraya untuk pilih wakil rakyat MP yang akan mengadili kes2 ke Parlimen. Masa untuk mengadili kes yang ditetapkan hanya 3 atau 4 sesi sahaja setahun.

    Untuk jawatan Perdana Menteri kerjanya hanya untuk menjaga enjin pesawat dari hilang atau dicuri. Idea ini disediakan oleh Yang Bengong MP Ipoh Timur Lim Kit Siang setelah berbincang dengan para pencacai2 hamPAS, PoKeR dan DAPig. Sekian

    ReplyDelete
  2. Ziarah Sdr..

    saya setuju dgn komen sdr kes liwat DSAI ini bukannya melibatkan kepentingan rakyat tetapi lebih kepada masalah peribadi..jadi apa gunanya mengotorkan parlimen dengan mengadakan sidang khas sedemikian.

    saya link blog sdr.

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.