2 Feb 2010

DSAI Peroleh Temujanji Bertemu Hakim Negara Esok - Kes Akan Ditangguhkan Lagi???

Foto 1: Gaya Bak Celibriti.







Usah temui Ketua Hakim Negara Gagal


Feb 2, 10 2:25pm
Usaha peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk
mendapatkan tarikh awal bagi semakan rayuan keputusan mahkamah, yang menolak pembekalan dokumen penting, kepada pemimpin PKR itu dengan menemui Ketua Hakim Negara gagal.


Peguam bela Anwar, Sankaran Nair berkata Tun Zaki Azmi tidak berada di pejabat beliau di Putrajaya hari ini.



"Tun Zaki bagaimanapun telah mengeluarkan arahan kepada Tan Sri Allaudin yang bersetuju mengadakan satu pertemuan pagi esok di Putrajaya bagi membincangkan penetapan tarikh untuk permohonan semakan.



"Oleh itu, saya akan berada semula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi meneruskan hujahan permohonan penangguhan kes,'' katanya.






Foto 2: DSAI Memberikan Pose Istimewa kepada pemberita. Wajah "Comel" Yang Penuh Dengan Muslihat.



Komen Isac;



Untungnya DSAI, apa sahaja permintaannya akan dilayan....Ingat orang macam kita ni, tanpa temujanji yang "panjang" boleh ke jumpa Tuan "Hakim Negara".



Itupun dia masih mendakwa "Mahkamah Malaysia" ni zalim, tak adil, menindas pembangkang dan lain-lain lagi dakwaan yang kurang menyenangkan. Adakah keadilan dalam definasi DSAI adalah apabila segala permintaannya dilayan dan diterima?



Esok baru nak jumpa Tuan Hakim Negara, perbicaraan kes ini akan ditangguhkan lagilah nampaknya......

1 comment:

  1. Disini bukan nak komen tapi nak mengiya kan apa yang saudara dengar, ia itu , memang Anwar nak kawin lari. Dah di bawa lari kak Wan tu, tapi, bakal abang ipar dia yang telah memujuk dan menasihatkan mereka pulang, buat elok2. Memang orang tak suka dia pun dulu, tapi oleh kerana dia nak sangat dan kak wan pun nak jugak2, maka di suruh balik buat elok2. Maklum lah, kak wan tu keturunan baik2, ipar dia pun anak hakim.

    komen pasal kalau dapat kilang plastik? ambik kontrak buat barang lerrr.. isk tu pun tatau kaa? hehehehe

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.