13 Feb 2010

BN Perlu Berhati-hati, Keluarnya DS Zaharin Dari PKR Mungkin Sebuah Sandiwara?



Datuk Seri Najib Razak menilai tindakan Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Datuk Seri Zaharin Hashim keluar PKR untuk jadi Ahli Parlimen Bebas tidak mengejutkan. Katanya pada wartawan selepas satu mesyuarat di Putrajaya, Barisan Nasional tidak harus terbawa dengan perkembangan dalam pakatan pembangkang dan para wakil rakyat Barisan Nasional harus terus memberi perkhidmatan terbaik.
Komen Isac;
Apa yang dicakap oleh DSN ada benarnya, biarlah Pakatan dengan masalah mereka, BN jangan sesekali alpa dan lupa diri. Tidak ada apa yang perlu nak dirayakan. Yang penting BN perlu lakukan tugas membela nasib rakyaat dan mentadbir negara dengan baik, itulah yang utama, mudah-mudahan rakyaat akan dapat membezakan "yang mana satu intan dan mana satu kaca" dan mereka akan kembali mengundi BN dalam PRU 13 nanti.
Masih ingat bagaimana kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan "tumbang"? Bagaimana di awalnya seorang Adun BN belot, dan melompat parti menyertai Pakatan? Beliau diterima dengan megah oleh Pakatan. Selepas beberapa hari, apabila tiga Adun Pakatan melompat menyertai BN, Adun BN yang melompat tadipun, berpatah balik...Jangan sampai BN tertipu dengan helah yang sama!!!
Jangan lupa DS Zaharin tu sememangnya kawan rapat DSAI, macam-macam boleh berlaku...Lagipun selain DSAI, DS Zahrin juga terlibat di dalam "memperdaya" dan mengula-gulakan penduduk Kg. Buah Pala......Lihat video ini; Adakah rakyaat akan memaafkan beliau?


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.