9 Feb 2010

Alhamdulillah.....- BN Kekal di Perak!!!

Kira-kira 150 penyokong Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang memakai kemeja-T kuning dan tertera perkataan 'Daulat Tuanku' mengadakan solat hajat di dataran perkarangan Istana Kehakiman, pagi ini. - Foto THE STAR oleh AZHAR MAHFOF




Mahkamah Persekutuan Kekal Zambry



PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan di sini hari ini memutuskan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Keputusan itu diumumkan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel lima hakim.

Kronologi Perbicaraan Zambry-Mohammad Nizar




7.30 pagi: Perkarangan kompleks Istana Kehakiman mula di penuhi penyokong kedua-dua pihak.


Pihak keselamatan mahkamah dan anggota polis mula mengawal di sekitar perkarangan mahkamah.


Pihak media dan orang awam perlu mendapatkan pas masuk ke mahkamah.


Hanya seorang wakil bagi setiap organisasi media dibenarkan masuk membuat liputan.


8.00 pagi: Kira-kira 150 penyokong Zambry yang memakai kemeja-T kuning berkumpul di luar mahkamah sambil melaungkan 'Daulat Tuanku'.


Kumpulan berkenaan juga berkumpul dan membawa kain rentang, bagaimanapun pihak polis mengarahkan mereka supaya tidak berkumpul dalam kelompok yang besar.


9.05 pagi: Mohammad Nizar tiba dengan ditemani Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Ko Ham.


9.10 pagi: Suasana perkarangan mahkamah bertukar kecoh apabila penyokong Nizar bertindak merempuh halangan polis untuk masuk ke mahkamah.


Kumpulan berkenaan juga melaungkan 'Takbir' dan 'bubar DUN'.


Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) membuat kawalan di hadapan pintu masuk mahkamah.


9.45 pagi: Berlaku 'perang mulut' antara penyokong Zambry dan Nizar.


9.50 pagi: Pasukan FRU bertindak membahagikan kedudukan kumpulan penyokong kedua-dua pihak bagi mengelakkan ketegangan.


10.10 pagi: Prosiding bermula.


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.