9 Jan 2010

Sekitar Demo Membantah Pengunaan Kalimah "Allah" Oleh Gereja Kristian....



Demonstrasi oleh NGO di Masjid Kampung Baru. Malaysiakini.



Beberapa peserta demonstrasi berkumpul di perkarangan Masjid Kg Baru bagi membantah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan majalah mingguan Katolik, Herald, menggunakan kalimah 'Allah' dalam terbitannya. – Picture by Choo Choy May (Malaysian Insider)






ANTARA mereka yang menyertai perhimpunan aman di Masjid Negara selepas solat Jumaat sebentar tadi bagi membantah penggunaan kalimah Allah oleh penerbitan mingguan Katholik. Mereka melaungkan takbir, syahadah dan berzikir sambil merentangkan sepanduk yang antara lain mengingatkan pihak tertentu supaya tidak mencabar tolenrasi umat Islam. - Foto Rosdan Wahid (Berita Harian)






Seramai kira-kira 3,000 orang daripada pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul bagi mengadakan bantahan secara aman selepas solat Jumaat di Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini. Tindakan itu dibuat sebagai membantah keputusan Mahkamah Tinggi yang membernarkan penggunaan kalimah 'Allah' pada [penerbitan sebuah akhbar Katolik, Herald. Bagaimanapun tiada kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan itu berlangsung.
- foto: The Star





Komen Isac;




Demo ini bukan bertujuan untuk "mencari gaduh" jauh sekali untuk mencetus huru-hara. Kami orang-orang Islam hanya mahu mempertahankan hak kami. Kita semua kaum di Malaysia perlu saling hormat-menghormati dan menjaga hati di antara satu sama lain. Jangan sesekali menggugat keharmonian dan kedamaian yang telah kita kecapi untuk sekian lama.
Kepada saudara-saudara Kristian jangan termakan tipu daya mereka yang sengaja mahu mengadu-dumba demi cita-cita mereka untuk ke Putrajaya.



Tiada guna untuk kita berpecah-belah, jestru itu janganlah sesekali mencabar kesabaran antara kita kerana bak pepatah, apabila kita bergaduh, "yang menang jadi abu dan yang kalah jadi arang". Tiada siapa yang akan mendapat keuntungan.





1 comment:

  1. Orang UMNO sendiri pun tak hormati keputusan mahkamah. Macam mana orang kristian nak hormati orang melayu

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.