30 Jan 2010

Sah LGE Adalah Seorang Diktator, Cauvanis dan Komunis???





http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/51282-pkr-pulau-pinang-kesal-dengan-kenyataan-zahrain
PKR Pulau Pinang kesal dengan kenyataan Zahrain



PULAU PINANG, Jan 29 — Timbalan Ketua Menteri 1, Mansor Othman berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan kenyataan Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator. “Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama iu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior,” kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai Pengerusi PKR Pulau pinang tahun lepas.


Beliau mengulas kenyataan Zahrain hari ini yang menyifatkan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis. Lim pula enggan mengulas perkara tersebut. “Oleh kerana saya adalah pihak yang terlibat, saya enggan mengulasnya hari ini sebaliknya saya benarkan Mansor membuat respons,” katanya. Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah berkata kenyataan itu merupakan pandangan peribadi Zahrain. “Kita tidak melihatnya sebagai satu masalah dalam Pakatan Rakyat kerana dia (Zahrain) hanya melahirkan apa yang dia fikir,” katanya.



Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa Pakatan tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya. Beliau berkata Lim tidak suka dikritik dan melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional. Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim. Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti. — Bernama



Komen Isac;




Nampaknya seorang lagi YB Pakatan akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin. Parti Keadilan. Dilihat PKR sudah semakin menjadi "Parti Komunis", pemimpin-pemimpinnya mahu dikunci mulut-mulut mereka. Dah tak boleh bersuara....Kena jadi Pak Turut sahaja, jika membantah padahlah jawabnya....




Adakah kenyataan Datuk Seri Zaharin ini boleh dipakai? Adakah LGE sememangnya bersikap perkauman yang sempit? Apa kata kalau kontrak-kontrak pemberian kerajaan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang diumumkan kepada khalayak, adakah nanti kita akan dapati pemberian kontrak-kontrak tersebut membuktikan lagi bahawa sememangnya LGE adalah seorang cauvanis Cina?

1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.