12 Jan 2010

Pembangkang Perlu Bertaubat - Jangan Nyalakan Api Permusuhan Kaum....





http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_01.htm
Pembangkang perlu bertaubat


HULU SELANGOR 10 Jan. - Pembangkang diminta supaya bertaubat kerana sanggup memperjudikan kestabilan dan kemerdekaan negara dengan menjadikan isu kalimah Allah serta kejadian serangan ke atas gereja sebagai modal meraih sokongan politik walaupun sedar perkara itu boleh menyemarakkan api perkauman.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tindakan pembangkang mengeskploitasikan isu itu sangat tidak bertanggungjawab kerana ia boleh meruntuhkan keharmonian dan kestabilan yang dinikmati sejak merdeka.
"Kalau pun hendak berpolitik, berpolitiklah dengan cara bertanggungjawab dan bukannya mengeksploitasi isu sensitif seperti ini. Saya menyeru kepada mereka (pembangkang) bertaubatlah kerana kesan daripada perbuatan ini sangat besar. "Menuding jari mengatakan UMNO yang sengaja menimbulkan isu adalah satu tuduhan jahat kerana adalah tidak masuk akal kita hendak menghancurkan kestabilan yang telah dibina sekian lama oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan ceramah pendidikan sempena program UMNO Juara Rakyat, di sini hari ini. Hishammuddin mengulas tindakan pembangkang yang sejak bermulanya isu bantahan penggunaan kalimah Allah sehinggalah serangan gereja secara berterusan menuduh bahawa, kemelut yang timbul itu kononnya angkara UMNO. Katanya, kepentingan negara mesti didahulukan berbanding kelangsungan politik kerana tiada makna kejayaan membentuk kerajaan baru jika keadaan rakyat dan negara kucar-kacir.

Komen Isac;

Kepada sesiapa pun di luar sana, yang sedang cuba mengadu-domba rakyaat Malaysia, fikirlah sekali lagi....Jika ianya dilakukan atas nama "kuasa" sedarlah kuasa juga akan hilang suatu hari nanti...Apalah gunanya kuasa, jika nanti negara dan rakyaat negara ini rosak binasa. Untuk apalah berkuasa jika nanti yang tinggal untuk ditadbir hanyalah sisa-sisa kemusnahan dan di dalam hati rakyaatnya penuh dengan api kebencian sesama sendiri yang tak kunjung padam....Negara ini untuk diwariskan dan bukannya untuk dibinasakan....

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.