15 Jan 2010

Kalimah Allah: Dr Haron Din tidak berganjak…






Beliau hadir di muzakarah 70 NGO desak Yang Dipertuan Agong campurtangan Kehadiran Datuk Dr. Haron Din di muzakarah mengenai kalimah Allah yang disertai oleh 70 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di Masjid Wilayah Persekutuan Rabu jelas menunjukkan Timbalan Musyridul Am PAS itu tidak berganjak dari pendiriannya yang tidak sealiran dengan PAS Pusat.Beliau secara terbuka kata petang Isnin lalu mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan yang memihak akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran serta syirik manakala PAS Pusat pada sebelah malamnya cuma tidak mahu kalimah itu disalahguna.



Ekoran muzakarah berkenaan wakil 70 NGO Islam itu telah menandatangani satu memorendum meminta Yang Dipertuan Agong campurtangan selesaikan isu berkenaan. Dr Haron hadir di muzakarah itu sebagai salh seorang penal atas jawatannya sebagai Penaung Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa), Selain beliau penal lain ialah Setiausaha Agung Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Ann Wan Seng dan Felo Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Md. Asham Ahmad dan Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Mohd. Azmi Abd. Hamid. Mohd Azmi memberitahu wartawan selepas muzakarah selama empat jam itu memorendum itu juga mendesak supaya pihak Gereja Katolik menarik balik niatnya untuk menggunakan kalimah Allah. Mereka juga merayu supaya raja-raja Melayu mengambil peranan muktamad bagi memastikan situasi tegang yang timbul akibat penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam tidak berlarutan.-13/1/2010





Komen Isac;




Ulama kena tegas dan berani menyatakan yang hak.


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.