13 Jan 2010

Jangan Cari Bala!!! Insaflah Malapetaka Boleh Datang Tanpa Disangka-sangka - Haiti Musnah

Susunan dua gambar menunjukkan masyarakat Haiti melakukan demonstrasi dihadapan Istana Presiden menentang akta jenayah dan penculikan pada 4 Jun, tahun lalu di Port-au-Prince, dan istana yang sama musnah semalam dalam kejadian gempa bumi berukuran 7 pada skala Richter melanda kepulauan carribean, memusnahkan bangunan dan harta benda. --Foto AFP


PORT-AU-PRINCE (Haiti): Satu gempa bumi berukuran 7 pada skala Richter melanda kepulauan Carribean lewat malam semalam dan pihak berkuasa khuatir beribu-ribu orang terbunuh atau gagal diselamatkan. Gegaran yang sangat kuat sehingga memusnahkan istana presiden dan beberapa bangunan penting kerajaan.




Gempa itu merupakan terburuk dalam tempoh lebih 200 tahun melanda negara itu. Menurut laporan yang dipetik daripada Jabatan Ukur dan Geologikal Amerika Syarikat, gegaran itu berpusat 10 batu daripada bandar ini.



Ia diikuti oleh beberapa lagi gegaran susulan berukuran skala richter 5.9. Akhbar The Washington Post memetik seorang pengarah perkhidmatan bantuan gereja di Haiti sebagai berkata, gempa bumi ini merupakan malapetaka besar bagi Haiti.


Sementara itu agensi berita Reuters menayangkan video yang menunjukkan mayat bergelimpangan di bawah runtuhan bangunan termasuklah istana presiden yang ranap. Bagaimanapun, Presiden René Garcia Préval dilaporkan terselamat.



Bangunan-bangunan awam utama yang dilaporkan musnah termasuklah bangunan parlimen, Kementerian Kewangan, Kementerian Kerjaraya, Bangunan Mahkamah, Menara Kawalan Lapangan Terbang Antarabangsa Port-au-Prince, Gereja Notre-Dame de Port-au-Prince dan Gereja Besar Haiti. Ibu Pejabat Pasukan Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut dilaporkan mengalami kerosakan teruk. Pasukan Pengaman PBB mempunyai lebih 9,000 anggota di Haiti, sejak insiden pemberontakan meletus pada tahun 2004.
Komen Isac;
Insaflah wahai rakyaat Malaysia.....Bencana ini juga bisa terjadi kepada kita, sekiranya kita dimurkai Allah s.w.t. Walaupun kita jauh dari lingkaran gunung berapi tetapi percayalah, bencana boleh datang dengan berbagai bentuk dan rupa. Terbaru, ada di antara kita yang seolah-olah mengundang bala dengan menangguk di air yang keruh di dalam isu penggunaan perkataan "Allah". Yang jelas kita pasti tidak akan sanggup untuk menghadapi sebuah lagi "peristiwa 13 Mei", kesannya kepada mental rakyaat, resiko kehilangan nyawa, harta benda dan kemusnahan kepada negara.

No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.