28 Jan 2010

Husam, Tuntutan Royalti Minyak/Gas Kelantan RM 40 Juta Atau RM 2 Billion???


http://www.malaysiakini.com/news/123070
Royalti minyak Kelantan sepatutnya RM40 juta
Jan 27, 10 7:21pm



Kerajaan PAS Kelantan mempertikaikan wang ihsan hanya sebanyak RM20 juta dan meminta kerajaan pusat menilai jumlah itu. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata nilai yang sewajarnya diterima negeri itu, berdasarkan dengan pihak Petronas awal bulan ini, adalah sebanyak RM40 juta bukannya RM20 juta seperti diumumkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam.



Husam yang juga Pesuruhjaya PAS II Kelantan berkata melalui perbincangannya Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Hassan Merican pada 8 Jan lalu, menurut beliau RM40 juta itu tidak termasuk tuntutan di kawasan telaga bintang yang dengan kawasan perairan Terengganu-Kelantan. "Pendirian kerajaan negeri tetap tidak menerima keputusan itu...kami mahu kenyataan rasmi dari Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco, di Kota Baharu hari ini.



Beliau mengulas kenyataan Mustapa semalam mengumumkan kerajaan Persekutuan memutuskan untuk membayar sebanyak RM20 juta wang ihsan kepada Kelantan pada Mac ini yang merupakan nilai lima peratus daripada jumlah keseluruhan hasil cari gali petroleum diperolehi sejak Mei 2008. Kelantan tahun lalu mengemukakan tuntutan royalti berjumlah RM2 bilion terhadap operasi cari gali di perairannya kepada pusat dan berhasrat untuk mengambil tindakan mahkamah.



Bagaimanapun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan pusat akan memberikan wang ihsan, menggantikan bayaran royalti minyak, kepada kerajaan Kelantan mulai tahun ini bagi hasil pengeluaran minyak di luar pesisirpantai negeri itu. Kerajaan Negeri Kelantan didapati tidak berhak mendapat royalti minyak kerana dua telaga minyak yang dipertikaikan itu terletak di kawasan 150 batu nautika dari perairan negeri itu. Husam berkata kerajaan negeri akan terus memperjuangkan haknya dalam tuntutan royalti minyak itu walaupun pusat mengantikannya kepada wang ihsan.
- Bernama
Komen Isac;
Ini nak temberang pulak ke? Sekejap RM 2 Billion, ni dah tinggal RM 40 Juta sahaja pulak....Hanya tinggal 2% aje dari nilai tuntutan asal. Husam ni dari jurusan ekonomi, tapi macam tak pandai matematik pulak....Kalau kaum professional, apa-apa juga anggaran yang mereka buat, baik Jurutera, QS maupun Akuantan biasanya hanya 20% perbezaan (variation) dibenarkan. Ini mentang-mentang ahli politik perbezaan dakwaan beliau sehingga 5000%. "Ulamak" pun nak menipu ke?
Bolehkah beliau "didakwa" atas kesalahan cuba "menghasut" rakyaat Kelantan bangun menentang Kerajaan Persekutuan? Setiap rakyaat harus dipertanggung-jawabkan di atas apa yang mereka lakukan.
Bagaimana pula dengan tuntutan beliau terhadap minyak/gas yang diterokai di kawasan sempadan Kelantan/Terengganu? Adakah ianya juga diwartakan di dalam perlembagaan/Akta Galian negara? Jika ada, silakan jika tidak janganlah "diracun/dimomokkan" fikiran rakyaat Kelantan dengan permintaan yang bukan-bukan. Jika negeri Kelantan boleh menuntut hasil minyak/gas di kawasan Terengganu maka negeri Terengganu juga secara logiknya boleh menuntut sebahagian hasil minyak/gas di kawasan ZEE di sempadan negeri Kelantan kerana kawasan tersebut hanya terletak kurang dari 150 Batu Nautika dari pantai negeri Terengganu. Untuk keterangan lanjut sila lihat posting penulis terdahulu.
Kepada kerajaan negeri Kelantan janganlah kamu pula "merampas" hak orang lain di dalam cubaan kamu menuntut hak yang kamu fikirkan adalah "milik" kamu...

2 comments:

  1. Hari ni rm40 juta, esok rm60 juta..lusarm80..dia akan mintak sampai cukup rm2 billion..

    ReplyDelete
  2. Ala, banyak kerenah pula si Husam Japnapari ni... bila nak bawa kes royalti ke mahkamah??? Sebab dah tentu akan kalah atas tuntutan tu di mahkamah, sekarang minta pula wang ihsan RM 40 juta, lebih baik dapat RM 20 juta dari tak dapat langsung.

    Lagi satu, otak Husam Japnapari ini betul ke tak??? Dia ingat wang ihsan tu dia akan dapat pegang ke??? Mimpi je la....

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.