26 Jan 2010

Blogger Hina Almarhum Sultan Johor - Penegak Undang-undang Jangan Lembut Hati!!!





Rais: Tiada tindakan jika Aduka mohon maaf
Jan 26, 10 2:33pm
http://www.malaysiakini.com/news/122887



Kerajaan tidak berhasrat mengambil tindakan terhadap penulis blog yang memohon maaf secara terbuka kerana menyedari kesilapan dalam penulisan blog mereka, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Bagaimanapun, katanya, penulis blog yang terbabit dengan sesuatu kesalahan haruslah membuat permohonan maaf secara formal kepada pihak yang berkaitan.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail yang mangkat Jumaat lalu. Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di IbuPejabat Polis Daerah Kota Baharu, Kelantan, semalam setelah polis menerima lebih dari 20 laporan mengenai tulisan dalam blognya.






Komen Isac:


Kepada Datuk Seri Dr. Rais, negara ada undang-undang.....Kuatkuasakanlah ia atau buang sahaja undang-undang tersebut!!!!


Jika kita terlalu berlembut, inilah yang terjadi. Orang ramai tidak akan patuh lagi kepada undang-undang. Hari ni buat salah, esok mintak maaf dan terselamat dari dikenakan tindakan, maka undang-undang negara akan hanya menjadi bahan "lawak-jenaka". Bila ini berlaku, undang-undang dan kerajaan akan hilang kawalan terhadap negara. Adakah kita bersedia untuk menghapuskan sistem beraja? Adakah kita bersedia untuk menggugurkan Agama Islam sebagai Agama Resmi Negara?




























2 comments:

  1. terima kasih kpd bloggers semua hingga melayu biadap tu dh serah diri tapi tlg jgn kita seronok sgt sbb kat luar sana ramai bangsa2 pendatang ni yg tak kurang juga biadapnya menghina almarhum, antaranya cuba search blog kat bawah ni, http://guttermalaysia.blogspot.com/
    takkanlah nk garang kat bangsa sendiri saja, sedangkan bangsa satu lagi ni kita biarkankan saja. Harap bloggers yg hebat2 ni buatlah sesuatu hingga biadap yg beberapa ekor lagi ni pun kantoi sama. Tlg lah, jgn tunjuk berani kat bangsa kita saja ! Lg satu kalo nk hukum, jgn pilih bulu, jgn hukum melayu saja, sbb sultan adalah raja bagi semua bangsa di msia ni, bukan raja kpd org melayu saja..TQ....

    ReplyDelete
  2. tulisan dia bole pecahkn pas... x lu tak paham.. maafkn la dia...

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.