4 Dec 2009

Sidang DUN Pulau Pinang - Timbalan Speaker Tan Hock Leong Takut Kena POTONG!!!!



Timbalan Speaker Tan Hock Leong mengarahkan Ketua pembangkang di DUN Pulau Pinang Datuk Azhar Ibrahim keluar dewan kerana enggan menarik balik istilah "dua tiga kerat" semasa membahaskan Bajet 2010 semalam.

Terdahulu, Datuk Azhar dikatakan mempertikaikan, "tentang dua tiga kerat pemimpin DAP yang tidak memperjuangkan kebajikan orang-orang Melayu".

Pada pandangan penulis Timbalan Speaker Tan Hock Leong sebenarnya tidak faham apa yang dimaksudkan dengan "dua tiga kerat" yang maksud sebenarnya adalah "sedikit". Mungkin kerana "kerat" juga bermaksud "potong" maka Tuan Timbalan Speaker ni fobia takut "dipotong" "anu" nya....Macam dalam iklan WiMax....:)

Kerajaan Pakatan Pulau Pinang ni mengapa pula bila dah memerintah, mereka menjadi terlalu sensitif??? Seolah-olah takutkan bayang-bayang sendiri.....


1 comment:

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.