30 Dec 2009

Saksikan Gerhana Bulan Jummat Ini!!!!!





Rabu Disember 30, 2009
Gerhana Bulan Separa Dijangka Berlaku Jumaat Ini
PUTRAJAYA: Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini 1 Januari 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.


Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

"Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum," kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

"Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam," kata Jakim. - BERNAMA

1 comment:

  1. Salam Isac,
    bagus juga bila dah ada minat dan kemahiran terhadap astrologi, dapatlah memantau pergerakan bulan dan bintang kemudian memaklumkan kepada umum seperti yang dilakukan ini. Selain dari memantau gerhana bulan, pantau juga yang sdg bulan madu serta yg sedang dtg bulan kerana mereka itu dalam keadaan begitu memang cepat naik darah, terutama yg sedang turun darah. Laporkanlah, mungkin nanti akan ditubuhkan satu agensi mengenai bulan-bulan di Malaysia dan ,mungkin akan dilantik sebagai pengarah pertama agensi berkenaan. What say you? ~ Huhu ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.