7 Dec 2009

Pembangkang Timbulkan Isu Kenapa Komponen BN Nak Sibuk? Janganlah Bila Pembangkang Memukul Gendang, Anda Pula Yang Terlebih Menari....



Dipetik dari Malaysiakini
Ahad Disember 6, 2009
Serah Kepada Polis Siasat Potret Guan Eng Dibakar

PULAU PINANG: Gerakan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat kes potret Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dibakar semasa demonstrasi di luar Bangunan Dewan Undangan Negeri Isnin lepas. Presiden parti itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata Gerakan tidak akan mencampuri siasatan polis terhadap kes ini. "Oleh kerana tidak mahu mencampuri siasatan polis, Gerakan memutuskan tidak akan menubuhkan sebarang jawatankuasa untuk menyiasat perkara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Kuil Kek Lok Si di Air Itam di sini hari ini.

Beliau berkata parti itu menentang sebarang budaya politik yang tidak bertamadun termasuk membakar patung yang menyerupai ahli politik atau memijak poster mereka. "Saya harap membakar potret Ketua Menteri itu bukan dilakukan oleh sesiapa daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana kita tidak amalkan budaya seperti itu," kata beliau. Koh berkata tindakan itu mungkin dilakukan oleh penduduk dari Kampung Buah Pala yang juga sedang berdemonstrasi di situ.

Komen Isac;

Kenapa Gerakan nak sibuk-sibuk......Pedulikan sahaja isu gambar LGE kena bakar tu...Diapun (LGE) tak tahu nak hormatkan orang, pijak-pijak gambar bekas "sekutu" sendiri. Ironinya sehari selepas dia pijak gambar orang...Gambar dia pulak kena bakar..... Mungkin Allah sengaja nak tunjuk...Sekarang ni ramai sangat pemimpin yang "munafik"...Bila bab orang lain buat, dia orang kutuk macam nak runtuh dunia...Tetapi bila sendiri buat, tak apa...senyap buat tak tahu....

Kepada ahli komponen BN, tak perlulah memberikan publisiti kepada mereka....Itu yang mereka mahukan sebenarnya, cuba mengalih pandangan rakyaat daripada masalah yang mereka sedang hadapi.


No comments:

Post a Comment

Komen-komen anda adalah dialu-alukan tetapi komenlah dengan bertanggung-jawab dan berhemah. Komen-komen yang keterlaluan, mencarut & makian mungkin akan ditapis. Apapun anda sendiri perlu bertanggung-jawab di atas komen-komen yang anda berikan.